Cubaan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub untuk melagakan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hanya sia-sia dan perlu segera dihentikan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, perjuangan ketiga-tiga tokoh parti itu sudah teruji, tidak boleh disangkal lagi selain bukan untuk diri sendiri.
"Dakwaan Salahuddin yang menyatakan bahawa akan ada tekanan untuk Datuk Seri Najib daripada Hishammuddin adalah khayalan pemimpin Amanah berkenaan.
"Kami pemimpin-pemimpin akar umbi UMNO tidak mendengar sebarang cerita mengenai hal berkenaan, jadi mana mungkin Salahuddin yang di luar UMNO pula mendapat berita sedemikian.
"Tolong jangan samakan pemimpin UMNO dengan dirinya sendiri yang keluar dari Pas untuk mengejar cita-cita peribadi. Tindakan itu jelas berkepentingan dan sanggup menikam parti lamanya dari belakang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Salahuddin di dalam sebuah portal dilaporkan mendakwa Datuk Seri Najib akan diminta untuk melepaskan jawatan perdana menteri dalam masa terdekat.
Dakwa Salehuddin lagi, pergelutan kuasa antara Ahmad Zahid dan Hishammuddin adalah satu rahsia umum yang sedang melanda dalaman UMNO.
Dalam pada itu jelas Bastien, dakwaan Salehuddin itu menunjukkan kelemahan Pas sekali gus ahli Amanah diingatkan berhati-hati dengan pimpinan mereka sendiri.
"Salahudin boleh berhenti menabur fitnah meracuni pemikiran ahli UMNO kerana keutuhan kami di dalam barisan UMNO bertambah kukuh dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Kami kini sudah kenal kawan dan lawan. Warna musuh semakin jelas dan ini memudahkan kerja-kerja kami selaku ahli parti untuk mengatur setiap langkah dan strategi bagi menghadapi PRU ke-14. Memang patut pembangkang gundah dalam kesepakatan kami," tegasnya.
BACA: SPRM dedah skandal rasuah hartanah Johor bukan bertujuan politik - Shahrir
BACA: Exco negeri Johor, Abd Latif Bandi bercuti mulai hari ini
Dalam perkembangan berasingan, Bastien mengingatkan veteran DAP, Lim Kit Siang agar menasihati anaknya, Lim Guan Eng untuk bercuti dahulu sebelum menggesa Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin untuk mengambil cuti.
"Kes kerajaan negeri Pulau Pinang memang melibatkan siasatan terhadap ketua menteri sendiri. Johor sebaliknya kerana ia melibatkan exco kerajaan negeri. Mana lebih perlu bercuti? Menteri Besar Johor atau Ketua Menteri Pulau Pinang?
"Exco Johor sudah bercuti tetapi saya belum mendengar Ketua Menteri Pulau Pinang atau sesiapa dari pejabatnya yang bercuti. Kit Siang mungkin boleh pastikan kebenaran kenyataan saya ini atau dia sendiri sudah terlalu tua untuk mengingati fakta kes di Pulau Pinang.
"Kita tidak mahu menyentuh butir kes Exco Johor kerana masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), begitu juga kes Ketua Menteri Pulau Pinang. Tetapi dari segi etikanya, bercuti merupakan tindakan yang tepat bagi yang sedang disiasat. Bolehlah Kit Siang mengingatkan anaknya jika dia masih belum berbuat demikian," jelasnya.
Jumaat lalu, SPRM bertindak menahan enam individu dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor
Antara enam yang ditahan ialah anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal rasuah bernilai Rm15.5 juta itu.
Turut ditahan seorang kontraktor berumur 46 tahun pada Selasa yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan hartanah tersebut.
Astro Awani
Sat Mar 04 2017
BASTIEN: Cubaan Salahuddin untuk melagakan kepimpinan Datuk Seri Najib, Ahmad Zahid dan Hishammuddin hanya sia-sia dan perlu segera dihentikan. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.