SERIAN: Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk mengangkat Siburan sebagai daerah, sementara Balai Ringin menjadi sub-daerah dalam Bahagian Serian.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu telah persetujui oleh Kabinet.
Menerusi pengisytiharan tersebut, Abang Johari yakin kawasan tersebut akan lebih membangunkan dan memberi peluang ekonomi kepada penduduk setempat.
"Ia memberi implikasi yang baik, dan sebaik sahaja (Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian dirasmikan), ia akan menyediakan infrastruktur.
"Kawasan ini akan membangun dari segi pertanian moden, penggunaan teknologi dan memudahkan akses ke pasaran. Ia juga memberi faedah kepada ekonomi," kata beliau dalam sidang media, di sini pada Sabtu.
Abang Johari berkata demikian selepas majlis Perasmian Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian, di sini.
Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian (PPKS) dengan seni bina 'barok' akan menjadi kebanggaan kepada masyarakat Bidayuh.
"Kalau kita lihat struktur bangunan ini yang menggambarkan beberapa karekter, salah satunya ialah bangunan yang mempunyai bulatan menggambarkan connectivity iaitu perhubungan antara kerajaan dengan rakyat.
"Sudah tentu jabatan-jabatan yang ditempatkan di sini dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat di bahagian Serian, dan satunya ialah auditorium yang berasaskan kepada rekabentuk barok yang sinonim dengan masyarakat Bidayuh dan mencerminkan perpaduan dalam mengejar pembangunan dan identiti Bidayuh," ujar Abang Johari.
Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, pembinaan kompleks pentadbiran itu menelan kos sekitar RM120 juta akan menjadi nadi kepada pembangunan masyarakat Bidayuh.
"Ini kerana dari masa ke masa peredaran zaman berlaku tetapi saya yakin ia memberi semangat dalam komuniti Bidayuh untuk bergerak bersama ke hadapan," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Sat Nov 27 2021
Abang Johari (tengah) ketika merasmikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian, hari ini - Gambar Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Siburan kini daerah, Pusat Pentadbiran Serian angkat seni bina Bidayuh
Abang Johari yakin kawasan tersebut akan lebih membangunkan dan memberi peluang ekonomi kepada penduduk setempat.
PKPD di Taman Guru, Kuantan serta dua kampung di Siburan, Sarawak
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Guru, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang bermula 27 Mac 2021 hingga 9 April 2021.
PKPB: Tradisi Gawai jadi jambatan perpaduan Malaysia-Indonesia
Di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masyarakat Dayak di Sarawak tetap menghargai sambutan Hari Gawai yang diraikan hari ini.
Sehari menghilang, pemuda OKU ditemui terapung tidak bernyawa
Mayat Mac Aloysious Gago, 25 tahun ditemui terapung di Sungai Simpok sekitar jam 10.12 pagi 7 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
Impian wujudkan pusat kraf Bidayuh dan hotel bertaraf 3 bintang di Serian
Di mana-mana sahaja, baik di bandar atau luar bandar, hasrat orang ramai pastinya sama iaitu mahu melihat kemajuan dan penambahbaikan.
Pilihanraya Sarawak: Beri Adenan mandat lima tahun lagi - Najib
Najib percaya Adenan mampu melakukan lebih banyak dasar jika diberikan mandat yang lebih besar pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 kali ini.