KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang melabuhkan tirai hari ini menempa sejarah membanggakan menerusi tahap tertinggi akauntabiliti yang ditunjukkan badan eksekutif terhadap badan perundangan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Dewan Rakyat.
Beliau berkata antara usaha meningkatkan tahap akauntabiliti itu ialah pelaksanaan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada Selasa yang dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Selain itu, Mesyuarat Kedua yang lepas telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 dan Laporan Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) yang melibatkan ramai menteri dan timbalan menteri menjawab isu-isu perbahasan.
"Di samping itu, penerangan daripada menteri-menteri termasuk Perdana Menteri juga telah beberapa kali dibuat di Dewan Rakyat bagi menerangkan sesuatu isu atau perkara penting kepada Ahli-ahli Yang Berhormat," katanya pada penutup persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Johari berkata pemerkasaan sesi Kamar Khas dapat direalisasikan menerusi pindaan Peraturan Mesyuarat 17 dengan Ahli Dewan Rakyat kini dibenar mengemukakan satu pertanyaan tambahan untuk setiap usul mereka.
"Pada masa sama, mesyuarat kali ini juga memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk lapan ahli daripada backbenchers (penyokong kerajaan) dan tujuh Ahli Parlimen pembangkang mempengerusikan Mesyuarat Kamar Khas selain 121 ucapan telah dibentang dalam sesi itu," katanya.
Beliau berkata JKPK turut diperkasa menerusi perluasan skop Terma Rujukan (TOR) yang memberi peluang jawatankuasa itu membincangkan semua perkara difikirkan sesuai di bawah TOR yang diluluskan Dewan Rakyat.
Menurut Johari sebanyak 256 mesyuarat JKPK diadakan pada penggal ini termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung sejak 9 Okt lepas ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.