awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran gantung tiga lelaki didakwa mengintip untuk Israel - Mizan
MALAYSIA
Perzim usaha dapatkan akses dokumen sejarah Melaka di pelbagai negara
DUNIA
Lapan maut dalam kejadian tanah runtuh di Colombia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Sindiket seleweng diesel manipulasi sistem kad fleet - KPDN Selangor

Bernama
Bernama
24/06/2025
20:45 MYT
Sponsor Banner
Sindiket seleweng diesel manipulasi sistem kad fleet - KPDN Selangor
Mohd Zuhairi berkata, KPDN Selangor giat jalankan risikan dan siasatan dengan kerjasama PDRM serta yakin sindiket terbabit dapat ditumpaskan dalam masa terdekat. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mendedahkan sindiket penyelewengan diesel di negeri ini cenderung menggunakan sistem kad fleet bagi menjalankan aktiviti jenayah itu.
Pengarahnya Mohd Zuhairi Mat Radey berkata pihaknya kini giat menjalankan risikan dan siasatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta yakin sindiket terbabit dapat ditumpaskan dalam masa terdekat.
"Kita tahu sindiket seperti ini memang kreatif dan mula menyalahgunakan rasionalisasi subsidi menggunakan kad fleet, dan siasatan awal mendapati mereka menggunakan kad fleet bukan milik mereka.
"Saya yakin selepas ini kita (KPDN) akan dapat kesan banyak lagi kes di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 termasuk sindiket kad fleet," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pelupusan ekshibit perdana KPDN Selangor di sini pada Selasa.
Mohd Zuhairi berkata pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar minyak di negara ini dengan melaksanan kawalan dalaman bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan operasi membanteras sindiket berkenaan.
Sementara itu, Mohd Zuhairi berkata sepanjang enam bulan tahun ini, KPDN Selangor menyelesaikan 96 kes di bawah AKB 1961, melibatkan rampasan berjumlah RM2.9 juta dan nilai kompaun sebanyak RM32,000.
Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menarik lesen termasuk menyenaraihitamkan mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati bersubahat dengan sindiket penyelewengan itu.
Pada 28 Mei lepas, media melaporkan kejayaan KPDN Selangor menahan lima suspek lelaki berusia 30 hingga 45 tahun dan merampas 11 kad fleet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Selangor
#seleweng diesel
#manipulasi
#sistem kad fleet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami