awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
Jepun hidupkan semula loji nuklear terbesar dunia buat pertama kali sejak 2011
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem Cukai Petak dilaksana 1 Jan 2020 - Khalid

Bernama
Bernama
08/01/2019
20:59 MYT
Sistem Cukai Petak dilaksana 1 Jan 2020 - Khalid
Khalid berkata Sistem Cukai Petak memberi banyak manfaat kerana ia akan memberi sedikit kebebasan kepada pemilik bangunan bagi pengurusan pembayaran, berbanding sebelum ini ia bergantung kepada JMB. - Gambar fail
Kementerian Wilayah Persekutuan akan melaksanakan sistem Cukai Petak bagi menggantikan sistem Cukai Tanah mulai 1 Jan 2020.
Menterinya Khalid Abd Samad berkata cukai tersebut merupakan cukai dikenakan ke atas hak milik strata dan ia sudah dilaksanakan di Selangor serta bakal diguna pakai di Pulau Pinang dan Melaka.
"Sistem Cukai Petak ini akan memberi banyak manfaat terutamanya bagi bangunan atau kawasan berstrata kerana ia akan memberi sedikit kebebasan kepada pemilik bagi pengurusan pembayaran yang mana sebelum ini bergantung kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan di sini, pada Selasa.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ketua Setiausaha baharu kementerian itu, Datuk Seri Saripudin Kasim.
Mengenai cadangan memendekkan waktu operasi pusat hiburan, Khalid berkata pusat hiburan di ibu kota yang mempunyai lesen operasi sehingga 3 atau 5 pagi, boleh meneruskan operasi masing-masing seperti biasa namun perlu mematuhi syarat-syarat ditetapkan.
Anggota Parlimen Shah Alam itu berkata daripada keseluruhan 672 pusat hiburan di ibu negara, 24 daripadanya memiliki lesen operasi sehingga 5 pagi, manakala 118 premis di pusat bandar dan 31 premis di luar bandar beroperasi sehingga 3 pagi.
"Sementara itu terdapat 233 premis hiburan beroperasi sehingga 2 pagi, 47 premis hiburan beroperasi sehingga 1 pagi manakala 219 premis tutup pada 12 tengah malam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Pengurusan Bersama
#cukai
#Cukai Petak
#cukai tanah
#hak milik strata
#JMB
#kebebasan
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#lesen
#Melaka
#Parlimen
#premis hiburan
#pulau pinang
#pusat hiburan
#Selangor
#waktu operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan