KUALA LUMPUR:Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menzahirkan rasa hiba dengan berita tempat kelahirannya di Kuala Lipis, Pahang dilanda banjir tampil memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam itu.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat olehnya di Instagram, buah hati kesayangan Malaysia itu menunjukkan beberapa keping gambar barangan keperluan yang akan dihantar dari Kuala Lumpur ke lokasi yang diduga dengan bencana tersebut.
Menurut penyanyi yang berusia 41 tahun itu, bekalan tersebut dihantar ke sana kerana mangsa yang terkesan akibat banjir dilihat sukar mendapatkan bekalan yang mencukupi.
“Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir.
“Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya,” jelas Siti Nurhaliza lagi.
BACA: Pengurusan emosi mangsa banjir
Siti Nurhaliza yang telah 25 tahun berkecimpung dalam industri seni suara pada masa memaklumkan, meskipun beliau tidak dapat berada di sana disebabkan keadaan tidak mengizinkan, namun kiriman doa dan usaha bantuan itu diharapkan sampai ke sana.
“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.
“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana,” tambah beliau lagi.
Pada Selasa, beliau meluahkan rasa sayu melihat sekolah lamanya hampir ditenggelami air dengan hanya bumbung sahaja yang kelihatan.
“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir.
“Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir,” jelasnya lagi menerusi perkongsian di Instagram sebelum ini.
BACA: Sumbangan 25 tahun dalam kerjaya seni, Siti Nurhaliza teruja diiktiraf Walk of Fame Adelaide
BACA: Siti Nurhaliza bakal adakan konsert tahun hadapan
Faris Danial Razi
Wed Jan 06 2021

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menzahirkan rasa hiba dengan berita tempat kelahirannya di Kuala Lipis, Pahang dilanda banjir tampil memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Sarawak | Dua OKU mengengsot selamatkan diri
Dua beradik golongan orang kelainan upaya (OKU) terpaksa mengengsotkan punggung mencapai kerusi roda ketika rumah mereka dinaiki air di Taman Malihah, Kuching pada Selasa.

Sidang media online: Parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian berbanding secara bersemuka seperti yang diamalkan sekarang.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau lorong tikus
Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas dan sekatan jalan raya bergerak di setiap laluan alternatif atau lorong tikus di sempadan negeri itu bagi memastikan larangan rentas negeri dipatuhi sepenuhnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Gaji dan elaun | Boleh potong tidak perlu usul di Parlimen
Tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk diputuskan, sebaliknya pemotongan gaji atau elaun ahli Dewan Rakyat termasuk menteri-menteri boleh dilakukan mengikut kesedaran sendiri atau secara sukarela bagi membantu rakyat. Demikian pandangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkaitan gaji wakil-wakil rakyat atau elaun mereka dipotong antara 10 sehingga 20 peratus.

Tok Ti kongsi proses IVF, akui kali ini banyak menangis
Tok Ti, 41, meluahkan, beliau banyak menangis berbanding proses sama yang dilakukannya ketika mengandung Siti Aafiyah Khalid dua tahun lalu.

Siti Nurhaliza bawa 'vibe' era 70-an dalam video muzik Takhta Dunia
Sebagai pembuka tahun baharu, Siti Nurhaliza mengambil peluang untuk melancarkan sebuah lagi video muzik iaitu lagu Takhta Dunia ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ryan Kyoto.

Siti Nurhaliza hulur sumbangan kepada mangsa banjir di kampung halaman
Siti Nurhaliza menghantar sumbangan kepada mangsa banjir di Pahang, khususnya buat penduduk kampung halamannya, Kuala Lipis.

2020 sampai ke penamat, ucap hello pada 2021
Ini berita tumpuan sepanjang bulan Disember 2020

10 personaliti paling menyerlah sepanjang 2020
Astro AWANI senaraikan 10 individu yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua untuk kita melangkah ke tahun 2021!

UiTM meterai MoU dengan tiga syarikat, buka peluang untuk pelajar berniaga
MoU itu merupakan kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi bidang keusahawanan.

Siti Nurhaliza bakal adakan konsert tahun hadapan
Pasti ramai yang tak sabar nak pergi konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sumbangan 25 tahun dalam kerjaya seni, Siti Nurhaliza teruja diiktiraf Walk of Fame Adelaide
Beliau berasa cukup gembira dan terharu sebaik menerima pesanan emel daripada pihak penganjur atas pengiktirafan tersebut.

Tahniah! Siti Nurhaliza terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Selasa.

"Niat saya cuma bantu peniaga kecil" - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menggunakan inisiatif menerusi platform media sosialnya bagi membantu peniaga khususnya golongan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).