PEMAIN skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari membuktikan kelas tersendiri dalam gaya, mutu mahupun keunggulan sukan tersebut apabila merangkul Kejuaraan Klasik London.
Dalam perlawanan akhir di Alexandra Palace London itu, pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia tersebut menoktahkan secara konsisten siri pengembaraan hebat apabila menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam aksi 81 minit.
Kemenangan kedua dalam enam pertemuan kedua-dua bintang sukan raket tersebut yang membolehkan juara Sukan Asia Hangzhou 2022 itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$17,598 (RM83,141).
Selain kejuaraan berstatus emas arena skuasy berkenaan juga bakal melonjakkan atlet bumi jelapang padi Kedah Darul Aman berkenaan dalam status ranking 10 dunia pertama kali sepanjang kariernya.
Kejayaan itu menyaksikan Sivasangari menjadi pemain pertama negara mara ke perlawanan akhir yang kali terakhir dijelmakan legenda skuasy Datuk Nicol David pada 2015.
“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kemenangan pada hari ini.
"Saya sangat gembira apabila berjaya mengendalikan permainan sepanjang minggu ini.
"Gembira berjaya menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali yang berada dalam prestasi terbaik masing-masing.
"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Sivasangari selepas perlawanan.
Bintang skuasy kelahiran Sungai Petani, Kedah sebelum itu mencipta sensasi apabila bangkit selepas tewas set pertama untuk menjinakkan pemain nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis, 10-12, 11-7, 11-8, 10-12, 11-9 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 94 minit
Sivasangari sebelum itu menyingkirkan cabaran pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini, 11-9, 11-9, pada suku akhir saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 01 2024
Sivasangari membuktikan dia berada di kelas tersendiri dalam sukan skuasy apabila merangkul Kejuaraan Klasik London. - Facebook Squash Racquets Association of Malaysia
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy Klasik London: Sivasangari tamatkan penantian sembilan tahun negara ke final
Sivasangari menjadi pemain Malaysia pertama ke final kejohanan tahap emas Jelajah PSA selepas kali terakhir dilakukan Nicol David pada 2015.