awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal air Sabah: Perbicaraan serentak mulai 4 April

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
20/03/2018
05:10 MYT
Skandal air Sabah: Perbicaraan serentak mulai 4 April
Teo Chee Kong (kanan) hadir di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini. Astro AWANI
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Teo Chee Kong, dibicarakan serentak dengan tiga tertuduh lain bagi kes pengubahan wang haram pada 4 dan 5 April depan.
Tiga tertuduh tersebut ialah bekas Pengarah JANS Awang Tahir Mohd Talib, 55 tahun, isterinya Fauziah Piut, 52 tahun, dan bekas timbalan JANS, Lim Lam Beng, 63 tahun.
Kesemua mereka didakwa atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta.
Perintah perbicaraan serentak itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad dan dibacakan oleh Timbalan Pendaftar, Dana Arabi Wazami.
Teo diwakili peguam Roland Cheng, Ram Singh dan Nelson Angang manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah diwakili Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.
Dalam pada itu, mahkamah turut mengekalkan 146 pertuduhan terhadap Teo membabitkan pengubahan wang haram kira-kira RM32 juta.
Terdahulu, hakim menolak permohonan Teo menentang keputusan terhadap hakim Abdul Bakar Manat yang menetapkan beliau dibicarakan serentak bersama tiga tertuduh lain.
Disamping itu, Nurchaya juga meluluskan permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan dokumen berkaitan serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak pendakwa raya sebelum dibicarakan pada bulan hadapan.
Untuk rekod, pada 13 Disember tahun lalu, Teo terdahulu mengaku tidak bersalah terhadap 146 pertuduhan pengubahan wang haram melalui pembelian tanah dan transaksi bank sebanyak RM32 juta.
Ia merupakan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh tertuduh antara tahun 2010 hingga 2016 ketika beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah JANS.
Topic Berkaitan
#Jabatan Air
#Jabatan Air Negeri Sabah
#Kota Kinabalu
#mahkamah
#Rasuah
#Sabah
#Teo Chee Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan