KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengesyorkan agar kerajaan wajar mempertimbang untuk meneruskan kontrak Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membekal kapal tempur pesisir (LCS) dengan bersyarat.
Jawatankuasa itu berkata ini termasuk memuktamadkan segera perubahan peralatan iaitu Sistem Pengurusan Platform Bersepadu (IPMS), Sistem Pelancaran Umpan (DLS) dan permohonan pelanjutan tempoh kontrak oleh BNS dan Pasukan Projek LCS Tentera Laut Diraja Malaysia.
"Kelewatan memuktamadkan peralatan dan pelanjutan tempoh kontrak akan memberi impak kos dan masa kepada proses menyiapkan pembinaan LCS," menurut jawatankuasa itu dalam laporan siasatan yang dinyahklasifikasikan hari ini.
Selain itu, BNS perlu segera menyiap serta memuktamadkan reka bentuk terperinci dan Kementerian Pertahanan dalam soal ini perlu memberi tempoh secara bertulis kepada syarikat tersebut selain melaksanakan kawalan ketat ke atas bayaran kemajuan kepada BNS.
"Ini bagi mengelakkan bayaran dibuat kepada pihak lain yang tidak berkaitan dengan projek pembinaan LCS. Ganti rugi jumlah tertentu (LD) juga perlu dikuatkuasakan ke atas syarikat BNS seperti diperuntuk oleh kontrak bagi penyerahan setiap kapal (PHO).
"Kerajaan hendaklah tidak mempertimbang sebarang pengecualian LD terhadap Syarikat BNS. Pengalaman kerugian kerajaan dalam pembinaan enam buah PV (kapal peronda) sebelum ini dengan syarikat sama hendaklah dijadikan pengajaran," menurut JKSTUPKK.
Sekiranya kerajaan ingin melantik kontraktor baharu, jawatankuasa itu berpendapat mungkin timbul isu lain termasuk fasiliti limbungan kapal yang diguna pakai adalah dimiliki BNS.
Selain itu, rundingan baharu dijangka mengambil masa dan mungkin berlaku peningkatan kos malah pelantikan kontraktor baharu tidak dapat memberi jaminan bahawa ia akan menguntungkan Kerajaan.
JKSTUPKK juga berpendapat pencapaian fizikal keenam-enam LCS masih berbaki antara 63.25 hingga 100 peratus dan dijangkakan baki peruntukan kewangan sebanyak RM3.19 bilion daripada keseluruhan RM9.13 bilion tidak dapat menampung untuk menyiapkan projek itu sepenuhnya.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu mencadangkan Kementerian Pertahanan agar segera membentangkan kesemua penemuan siasatan, implikasi kewangan kerajaan dan hala tuju projek kepada Jemaah Menteri bagi membolehkan keputusan terbaik mengenai pembinaan keenam-enam LCS dibuat.
Menurut laporan itu, perolehan LCS ini bertujuan memastikan armada negara dipertingkat secara seimbang dan berkemampuan tinggi untuk mengawasi kawasan perairan Malaysia.
Perolehannya dilaksanakan secara Rundingan Terus dengan BNS dengan had bumbung asal berjumlah RM9 bilion dan dipinda kepada RM9.13 bilion manakala tempoh pelaksanaan adalah selama 10 tahun mulai 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023.
Bagaimanapun, sehingga 31 Mei 2019, kemajuan keseluruhan pelaksanaan kontrak adalah sebanyak 53.29 peratus berbanding perancangan 74.73 peratus atau kelewatan 23 bulan.
Kementerian telah membuat pembayaran sebanyak RM5.94 bilion atau 65.03 peratus daripada kos keseluruhan RM9.13 bilion setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Perolehan LCS bertujuan memastikan armada negara dipertingkat secara seimbang dan berkemampuan tinggi untuk mengawasi kawasan perairan Malaysia. - Gambar/ FB Hishammuddin Hussein
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Buat pertama kali, Zainab Mohd Salleh yang namanya disebut Rafizi dalam siasatan projek LCS semasa kempen PRU15 bertemu wartawan.
Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.
Skandal LCS: Kenyataan Mindef dan BHIC bercanggah - PAC
PAC mendapat maklumat berbeza daripada Mindef dan BHIC mengenai pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan LCS.
Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam
Siasatan yang dilakukan SPRM tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata.
Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.
Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.
Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, isteri kedua Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited, dan Alizes Marine Labuan.
Skandal LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus - PM
Rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.
Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Sekiranya kembali berkuasa, PH akan pastikan pasukan pertahanan negara dibekal kelengkapan yang sesuai dan terbaik.