awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal rasuah ADUN Sabah: SPRM serah kertas siasatan kepada pihak pendakwaan

Bernama
Bernama
06/06/2025
08:30 MYT
Skandal rasuah ADUN Sabah: SPRM serah kertas siasatan kepada pihak pendakwaan
SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berkaitan video tular yang didakwa menunjukkan skandal rasuah melibatkan beberapa ADUN Sabah berhubung isu pelesenan lombong mineral. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung klip video didakwa skandal rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu perlesenan lombong mineral.

Ringkasan AI
  • SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berkaitan video tular yang didakwa menunjukkan skandal rasuah melibatkan beberapa ADUN Sabah berhubung isu pelesenan lombong mineral.
  • Kertas siasatan telah dihantar kepada pihak pendakwaan dua minggu lalu dan kemungkinan pendakwaan terhadap beberapa individu akan dilakukan dalam masa terdekat.
  • SPRM turut menjalankan siasatan menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti video yang tular.

Menurut sumber, kertas siasatan itu telah dihantar kepada pihak pendakwaan untuk diteliti, dua minggu lepas.
Beliau berkata ada kemungkinan pendakwaan akan dilakukan terhadap beberapa individu dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kemungkinan ada pendakwaan lagi terhadap beberapa individu lain.
Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa menunjukkan perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu pelesenan mineral di negeri itu.
SPRM sebelum ini memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Azam Baki
#SPRM
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan