awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal terowong: SPRM arah Guan Eng sambung beri keterangan Sabtu ini

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/07/2020
11:28 MYT
Skandal terowong: SPRM arah Guan Eng sambung beri keterangan Sabtu ini
Guan Eng yang tiba pada pukul 1.05 tengah hari tadi dengan ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer. -Astro AWANI
Selepas lebih lima jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM di sini.
Guan Eng yang tiba pada pukul 1.05 tengah hari tadi dengan ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, meninggalkan bangunan SPRM pada pukul 7 malam.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Khusairi Yahya sebelum ini, mengesahkan Setiausaha Agung DAP itu dipanggil memberi keterangan berkaitan siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Sementara itu, Rayer ketika ditemui media memberitahu, Guan Eng akan kembali ke ibu pejabat SPRM itu untuk menyambung proses memberi keterangan pada pukul 10 pagi, Sabtu ini.
Sementara itu, Peguam Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memberitahu media, sesi beri keterangan akan disambung semula Sabtu ini. @501Awani pic.twitter.com/ASSLQDbb5I
— Initial: FA (@FirdausAzil) July 22, 2020
“YB Guan Eng telah diminta hadir sebagai saksi, beliau hadir sebagai seorang saksi. Sebenarnya beliau kurang sihat pada hari ini, jadi beliau ada sijil sakit selama dua hari untuk hari ini dan esok.
“Namun demikian memandangkan kami telah terima notis untuk hadir pemeriksaan, kami telah bekerjasama dengan SPRM dan belum selesai lagi. Kami diminta untuk hadir kembali pada hari Sabtu pada pukul 10 pagi,” katanya lagi.
Pada 30 Jun lepas, media melaporkan SPRM telah menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu yang melibatkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan serta beberapa Exco dan bekas Exco kerajaan negeri turut dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek kontroversi itu.
Topic Berkaitan
#DAP
#Exco
#Gobind Singh Deo
#Ketua Menteri
#kontroversi
#Lim Guan Eng
#Media
#Parlimen
#Puchong
#Rasuah
#SPRM
#terowong dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan