KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak sekeras-kerasnya tuduhan dilabel sebagai pengkhianat parti selepas nama beliau dikaitkan antara 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Menurut Ahli Parlimen Sembrong itu, keputusan memberikan surat akuan berkanun (SD) pada peringkat awal adalah kerana kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bercanggah dengan pendirian parti.
Bagaimanapun, tegas Hishammuddin, sebaik sahaja parti membuat keputusan berkecuali, kesemua mereka telah menarik balik SD berkenaan selain bersetuju dengan kehendak parti selaras dengan titah Yang Di-pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
"Pertamanya, saya berterima kasih kepada YB Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kerana memaafkan 10 orang yang dikatakan pengkhianat tetapi sehingga hari ini saya tidak tahu apa sebabnya dituduh sebagai pengkhinat.
"Saya cukup yakin bahawa apa yang telah pun berlaku tidak ada benda yang patut kita apologetik sehingga dituduh mengkhianat perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Pertahanan itu turut senada dengan kenyataan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias bahawa keputusan awal mereka untuk menandatangani SD adalah selaras dengan naratif parti pada ketika itu.
Tambah Hishammuddin lagi, beliau juga bersedia untuk diambil tindakan.
"Kalau mereka nak ambil tindakan, ambil lah. Tak ada benda yang saya perlu bimbang kerana kita konsisten sebelum ini di peringkat (parti), usaha nak bersama-sama dengan PH bercanggah dengan pendirian parti sendiri.
"Kita buat SD-SD berkenaan tetapi bila parti sudah buat keputusan kita berkecuali, pada satu ketika, kita tarik SD balik dan selepas itu bila Yang di-Pertuan Agong titah kita bersetuju mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan kehendak parti, kita bersetuju. Jadi di mana pengkhianatannya?" soal Hishammuddin lagi.
Dalam masa sama, Hishammuddin berkata, rakyat sudah mual dengan sikap UMNO yang suka bertelagah dan menuduh sesama sendiri.
Katanya, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah untuk bergerak ke hadapan dan bersedia dengan siri-siri pilihan raya akan datang.
"Saya harap bahawa apa yang kita dapat bincang di dalam PAU ini ialah hala tuju dan cara bagaimana kita dapat mengurangkan jurang kepercayaan dalam kalangan orang ramai terhadap parti dan perjuangan.
"Itu lebih baik daripada hanya menggunakan platform ini untuk bercakaran, berbalah sesama kita, tuduh menuduh, dan serang menyerang sesama kita. Sedarlah... cukup-cukup," tegas beliau.
Hasimi Muhamad
Fri Jan 13 2023
Menurut Hishammuddin, keputusan memberikan surat akuan berkanun (SD) pada peringkat awal kerana kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bercanggah dengan pendirian parti. - Gambar fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UMNO akan dedahkan surat daripada RoS - Zahid
UMNO bersedia untuk mendedahkan surat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul tambahan PAU 2022.
PAU2022: Kenapa hanya dua jawatan tertinggi tak perlu tanding? - Perwakilan Johor
Pandak berkata usul tambahan yang dibawa oleh Perwakilan Negeri Sembilan, mencadangkan agar dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan juga didakwa tidak sempurna.
Sokong Muhyiddin jadi PM: "Di mana pengkhianatannya?" - Soal Hishammuddin
Hishammuddin menolak sekeras-kerasnya tuduhan dilabel sebagai pengkhianat parti kerana menyokong Muhyiddin sebagai PM.
Wanita UMNO terus perjuang kuota 30 peratus calon wanita dalam enam PRN
Pencapaian tertinggi setakat ini adalah pada PRN Johor pada tahun lalu, iaitu sebanyak 25 peratus.
Perhimpunan Agung UMNO ditangguh ke Januari tahun depan
Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang pada mulanya dijadual berlangsung pada Disember tahun ini, ditangguhkan ke awal Januari tahun hadapan.
PCS optimis UMNO akan kembalikan hak Sabah dalam MA63 - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah (PCS) menyambut baik pengumuman dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan mengembalikan hak Sabah.