KUALA LUMPUR: Skuad The Speedy Tigers bakal memperkenalkan 'DNA Malaysia' dengan memperagakan corak permainan baharu ala Malaysia pada siri Jelajah United Kingdom 2021.
DNA Malaysia atau falsafah baharu dalam skuad hoki lelaki kebangsaan itu bercorak lebih proaktif berbanding pasif sebelum ini dan bakal menguji penerimaan pemain dengan kaedah baharu yang cuba diterapkan oleh ketua jurulatih A. Arul Selvaraj.
Menurut jurulatih berpengalaman itu, beliau tidak sabar untuk melihat bagaimana anak buahnya menyesuaikan diri dengan sistem permainan baharu sepanjang tempoh jelajah tersebut selama sebulan, bermula Ahad depan.
"Ini semua tentang permainan sudut dan mengawal permainan - itulah asas kepada corak permainan baharu ini.
"Saya tidak pernah mencipta sistem ini sebelum ini. Saya menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan sistem ini yang direka khas mengikut kesesuaian setiap pemain yang sedia ada," katanya kepada Bernama hari ini.
Walaupun bekas pemain kebangsaan itu gembira melihat visi baharu itu berjalan lancar semasa sesi latihan namun katanya cabaran sebenar adalah bagaimana pemain dapat menterjemahkan apa yang diperlukan daripada mereka ketika berdepan dengan pasukan lawan.
Dalam pada itu, beliau berharap segala perancangan akan berhasil dan mencabar anak buahnya menggunakan siri jelajah ini sebagai platform untuk menampilkan keupayaan masing-masing dan membuka mata pasukan lawan.
Bekas jurulatih skuad Universiti Kuala Lumpur itu, bagaimanapun, mengakui kekurangan latihan fizikal menjelang siri jelajah itu menjadi penghalang untuk pemain beraksi dengan lebih baik namun memuji usaha pemain meningkatkan kecergasan dan latihan menguatkan otot secara sendiri.
"Kami akan berdepan dengan ujian getir kerana pasukan lain di UK telah mempunyai sesi latihan yang lengkap serta mengambil bahagian dalam kejohanan sebelum menyertai jelajah ini.
"Kami hanya menjalani latihan fizikal selama tiga minggu di Bukit Jalil sejak 30 Ogos lalu dan sebelum itu pemain hanya menyertai latihan dalam talian kerana Perintah Kawalan pergerakan (PKP)," katanya.
Arul Selvaraj berkata bukan sahaja itu, skuad kebangsaan tidak menyertai sebarang siri jelajah antarabangsa hampir dua tahun ekoran penularan wabak pandemik COVID-19.
Seramai 23 pemain berlepas ke UK awal hari ini dengan tujuan mempersiapkan pasukan menghadapi kejohanan Piala Asia 2022 yang juga aksi kelayakan Piala Dunia 2023 serta mengumpul mata untuk ranking dunia.
Skuad kebangsaan itu kemudian akan mengharungi cabaran menentang skuad kebangsaan Ireland pada 5 dan 6 Okt, diikuti Wales (9 dan 12 Okt) dan Perancis pada 15 dan 18 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021
A. Arul Selvaraj berkata, tidak sabar untuk melihat bagaimana anak buahnya menyesuaikan diri dengan sistem permainan baharu sepanjang tempoh jelajah tersebut selama sebulan, bermula Ahad depan.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri
Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tiger.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul
Arul berkata pemain perlu biasakan diri beraksi dalam tekanan menentang pasukan gergasi menerusi perlawanan berintensiti tinggi.
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
Permohonan jawatan ketua jurulatih Speedy Tigers dibuka Selasa
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.
Arul sedia terima sebarang keputusan KHM
Arul berkata beliau mempunyai perancangan tersendiri buat pasukan kebangsaan sekiranya KHM masih terus memberi peluang kepadanya.
Speedy Tigers kelima terbaik di kelayakan Olimpik
Speedy Tigers terikat tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-18 dunia di Stadium Oman, Muscat.
Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj
Ketumpulan penyudah skuad Speedy Tigers yang melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat.