KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya layak ke pentas final Kejohanan Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2023, di Chennai, India malam ini.
Kejayaan itu diraih selepas skuad Speedy Tigers yang menang tipis ke atas Korea Selatan Khamis lepas, sekali lagi mencipta kemenangan dengan membelasah pasukan sama 6-2, dalam perlawanan separuh akhir malam ini.
Kemenangan terbabit sekali gus bakal menyaksikan skuad Speedy Tigers untuk bertemu sama ada juara bertahan India atau Jepun, yang membuat perhitungan malam ini untuk ke perlawanan akhir esok.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mayor Radhakrishnan, menyaksikan Korea Selatan bermula agresif untuk mendahului kedudukan apabila Ji Woo Cheon, yang mencipta jaringan seawal minit ketiga menerusi gol padang.
Skuad Speedy Tigers bagaimanapun berjaya bangkit mengawal permainan, selepas Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menjaringkan gol padang seminit kemudian, sebelum Najmi Farizal Jazlan menggandakan kedudukan juga menerusi gol padang pada minit kesembilan.
Jaringan terbabit bagaimanapun tidak mematahkan semangat pasukan lawan untuk menyamakan kedudukan apabila Jang Jonghyun menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-14.
Anak buah A. Arul Selvaraj kemudian menambah derita Korea Selatan dengan gol ketiga dan keempat disempurnakan penyerang prolifik Faizal Saari dan Najmi Farizal menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-19 dan ke-21 untuk meletakkan Malaysia di kedudukan selesa 4-2.
Tidak cukup dengan itu, skuad kebangsaan terus memberi ketegangan kepada pasukan lawan apabila Shello Silverius mencipta sensasi meledak dua jaringan padang pada minit ke-47 dan ke-48, untuk melengkapkan kemengan bergaya buat Malaysia.
Kejayaan skuad negara malam ini, sekali gus memberi petanda positif terhadap peluang di Sukan Asia Hangzhou, China bulan depan.
Speedy Tigers memulakan kempen ACT 2023 dengan menumpaskan Pakistan 3-1 Khamis lepas, diikuti kemenangan 5-1 ke atas China, kemudian tewas kepada India 0-5, sebelum bangkit mencatat kemenangan ke atas Jepun 3-1 dan Korea Selatan 1-0.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ACT adalah meraih tempat ketiga sebanyak lima kali, iaitu pada edisi 2011, 2012, 2013, 2016 dan 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Kejayaan skuad negara malam ini, sekali gus memberi petanda positif terhadap peluang di Sukan Asia Hangzhou, China bulan depan. - FB Malaysian Hockey Confederation
CCTV dipercayai rakaman insiden Faisal Halim disimbah asid tular
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian simbah asid yang dilakukan suspek terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu, tular dalam media sosial.
Pesta Aloha: Pemilik Summer Bay Resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort dikompaun sebanyak RM25,000 susulan penganjuran Pesta Aloha yang menimbulkan kontroversi di Pulau Lang Tengah, Isnin lalu.
Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk
Pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee di dalam muat naik terbaru di Instagramnya telah membuat laporan polis susulan kejadian pecah masuk yang berlaku di rumahnya yang menyebabkan motosikalnya dan beberapa barangan lain telah dicuri.
Ahmad Zahiruddin 'unsung hero' selamatkan ramai penumpang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke puji tindakan pantas Pegawai Transit Monorail, Ahmad Zahiruddin Nordin mengelak kemalangan pokok tumbang di laluan Monorail Sultan Ismail pada 7 Mei lalu. #AWANInews
Perjumpaan dengan Hamas untuk wujudkan penyelesaian secara aman - PM Anwar
Perdana Menteri berkata pertemuan beliau dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar minggu lepas adalah bagi memujuk mereka untuk tampil penyelesaian secara aman terhadap konflik di Gaza.
Badminton: Pearly-Thinaah tepati ramalan ke suku akhir Malaysia Masters 2024
Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Masters Malaysia 2024.
Mahkamah Tinggi tolak pengakuan salah warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu
Mahkamah Tinggi menolak pengakuan bersalah seorang warga emas atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke
Malaysia memberikan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkuta
Dua pesawat Japan Airlines berlanggar di lapangan terbang
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.
Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa menghina Islam.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Tugas jurulatih cabaran berbeza buat Mohamad Sukri
Pertukaran daripada seorang pemain kepada jurulatih disifatkan sebagai suatu cabaran berbeza oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib yang dilantik sebagai penolong jurulatih skuad Speedy Tiger.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul
Arul berkata pemain perlu biasakan diri beraksi dalam tekanan menentang pasukan gergasi menerusi perlawanan berintensiti tinggi.
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
Permohonan jawatan ketua jurulatih Speedy Tigers dibuka Selasa
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.