NATIONAL
SPRM tahan 3 pegawai bank kes pengubahan wang haram, rasuah permohonan pinjaman RM21 juta

Kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an telah dikenakan perintah reman selama lima hari sehingga 18 Mei.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai institusi perbankan di Kuala Lumpur melibatkan pengurus perniagaan, ketua jabatan dan pengurus cawangan kerana disyaki terlibat pengubahan wang haram serta rasuah membabitkan permohonan pinjaman lebih RM21 juta.
Ringkasan AI
- SPRM telah menahan tiga pegawai institusi perbankan di Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan permohonan pinjaman lebih RM21 juta.
- Kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 40-an telah dikenakan perintah reman selama lima hari sehingga 18 Mei.
- SPRM telah membekukan empat akaun perbankan milik suspek dan menyita tiga unit peranti telekomunikasi serta sebuah komputer riba.
"Berdasarkan siasatan awal dijalankan, salah seorang suspek berjawatan ketua jabatan itu dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah lebih RM170,000 daripada tiga syarikat yang telah membuat lima permohonan pinjaman keseluruhannya berjumlah lebih RM21 juta.
"Wang rasuah ini sebagai balasan kerana memproses dan meluluskan pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh syarikat berkenaan," katanya.
Sumber berkata, susulan itu, ketiga-tiga suspek membabitkan dua bank berbeza telah ditahan sekitar jam 4 hingga 5 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, susulan tangkapan itu juga, SPRM turut membekukan empat akaun perbankan milik suspek melibatkan nilai kira-kira RM268,000 selain menyita tiga unit peranti telekomunikasi dan sebuah komputer riba.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kesemua suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2001.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami