SEJAK 2019, Starlink sudah menawarkan perkhidmatan internet satelit ke kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan internet konvensional.

Mereka kemudiannya memasuki pasaran Malaysia tahun lalu dan kemudian menawarkan pula perkhidmatan selular satelit.

Starlink telah mengumumkan mereka akan menyahorbit 100 satelit di angkasa yang dikesan bermasalah.

Kesemua 100 satelit ini masih lagi berfungsi tetapi isu yang dikesan membuatkan ia boleh berhenti beroperasi pada bila-bila masa.

Sebelum ini terjadi dan gangguan kepada perkhidmatan berlaku, satelit akan dinyahorbit secara berperingkat dalam masa tiga bulan.

Angka 100 satelit nampak seperti jumlah yang besar tetapi hakikatnya pada ketika ini Starlink sudah mempunyai hampir 6,000 satelit di angkasa lepas. -Amanz