awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen minyak terbakar dipercayai berkaitan aktiviti seludup minyak

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
14/03/2022
07:01 MYT
Stesen minyak terbakar dipercayai berkaitan aktiviti seludup minyak
Dalam kejadian pagi Isnin itu, sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran pintu sempadan, Kompleks ICQS Rantau Panjang terbakar. - Foto Astro AWANI
PASIR MAS: Kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Kancil di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang di sini pada Isnin dipercayai berkaitan dengan aktiviti penyeludupan minyak ke negara jiran.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir, siasatan awal pihaknya menjumpai tong yang digunakan untuk mengisi petrol bagi tujuan penyeludupan ke negara jiran, Thailand.
"Siasatan juga mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar itu mempunyai dalam tong plastik terbakar yang disyaki digunakan untuk mengisi minyak untuk diseludup ke negara Thailand," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, hasil temu bual awal saksi kejadian mendakwa terlihat api menyala dari bawah kereta semasa seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta berkenaan sedang mengisi minyak di salah satu pam stesyen minyak berkenaan.
BACA: Cemas, stesen minyak nyaris meletup kerana 'Kancil' terbakar
"Api kemudiannya merebak ke bahagian belakang kereta dan lelaki terbabit terus melarikan diri," katanya.
Pihak polis juga sudah mengenal pasti pemandu serta pemilik kereta berkenaan.
Menurut Mohd Nasaruddin, pihaknya juga sedang mengesan pemandu kereta Kancil berkenaan untuk membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Dalam kejadian pagi Isnin itu, sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran pintu sempadan, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang terbakar.
Pihak bomba bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran serta memadamkan api di salah satu pam minyak stesyen berkenaan.
Kejadian itu menyebabkan kereta Kancil berkenaan terbakar 50 peratus manakala satu pam minyak musnah.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.
Topic Berkaitan
#stesen minyak terbakar
#Perodua Kancil
#seludup minyak ke Thailand
#ICQS Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan