KUALA LUMPUR: Reka bentuk ciri kemudahan akses bagi semua stesen MRT laluan Putrajaya dimasukkan ciri mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan penambahbaikan, kata MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd (MMC Gamuda).
Dalam kenyataan pada Jumaat kedua-dua MMC Gamuda dan kontraktor untuk laluan MRT Putrajaya dan Mass Rapid Transit Corporation (MRTC), pemilik projek laluan MRT Putrajaya, berkata mereka percaya semua pihak termasuk yang berlainan keupayaan berhak kepada akses pengangkutan awam.
"Dan sewajarnya ini diterapkan dalam reka bentuk dan pembinaan stesen pada setiap peringkat. Kami mengamalkan inklusiviti secara meluas dan sebenar-benarnya," menurut kenyataan itu.
MMC Garuda berkata reka bentuk semua stesen laluan MRT Putrajaya termasuk fasiliti untuk warga OKU adalah mematuhi sepenuhnya Standard Malaysia untuk Reka Bentuk Sejagat dan Kemudahan Akses dalam Persekitaran Alam Bina - Kod Amalan MS1184:2014 dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia.
"Kami bukan sahaja memastikan pematuhan pada standard yang ditetapkan, malah MMC Gamuda dan MRTC mengambil usaha tambahan untuk menggabungkan maklum balas pakar daripada agensi kerajaan dan pihak berkuasa yang relevan," menurut kenyataan itu.
Agensi dan pihak berkuasa berkenaan adalah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), dengan objektif untuk menambah baik standard pematuhan reka bentuk (laluan Putrajaya) kami dengan input terkini daripada semua pihak terbabit, tambah kenyataan itu.
MMC Gamuda berkata maklum balas itu dirangkumkan sebagai laporan mengenai Reka Bentuk Sejagat untuk Stesen MRT, iaitu dipersetujui secara bersama bahawa asas reka bentuk utama untuk fasiliti OKU khususnya, adalah lif ialah laluan paling selamat untuk penumpang OKU dan satu pendekatan bersasar harus dilaksanakan pada penggunaan jubin sentuhan untuk mengelakkan OKU penglihatan mengalami kekeliruan.
Justeru, untuk semua stesen MRT, jubin sentuhan berarah hanya dipasang pada aras bawah menghubungkan OKU dan hentian bas kepada lif stesen dan bukan eskalator atau tangga.
"OKU dengan kecacatan penglihatan separuh masih boleh memilih untuk menggunakan eskalator atau tangga jika mereka mahu dan untuk tujuan ini, jubin amaran dipasang pada atas dan bawah platform pendaratan eskalator bagi menunjukkan kewujudan anak tangga atau perubahan aras," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, di dalam bangunan, pada aras ruang legar, pemasangan jubin sentuhan direka untuk memandu arah OKU penglihatan dalam laluan paling efisien daripada pintu masuk, menerusi pintu masuk tiket yang luas dan pejabat perkhidmatan pelanggan, kemudian ke aras platform.
Jubin sentuhan berarah tidak disediakan untuk kemudahan sampingan seperti tandas untuk mengurangkan kekeliruan, yang bertepatan secara langsung dengan MS1184 yang menekankan bahawa penggunaan meluas jubin sentuhan untuk semua kemudahan akan menjejaskan keberkesanan petunjuk berarah khusus yang disediakan.
"Bantuan, seperti untuk penggunaan tandas, sepatutnya diminta pada pejabat perkhidmatan pelanggan apabila diperlukan.
"Kami harap dengan penerangan di atas memberi penjelasan terhadap beberapa kenyataan media yang dibuat baru-baru ini, menyuarakan kebimbangan berhubung apa yang disalahfahamkan sebagai celahan atau jurang dalam laluan jubin sentuhan, tetapi sebenarnya direka bentuk untuk menyediakan petunjuk penglihatan yang diperlukan kepada pengguna OKU yang ingin menggunakan perkhidmatan perkhidmatan MRT," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Reka bentuk ciri kemudahan akses bagi semua stesen MRT laluan Putrajaya dimasukkan ciri mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan penambahbaikan. -Gambar fail/Bernama
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.
Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.
'Abang bas' bersengkang mata bantu jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2023
Mohammad Saudi teruja dapat menabur bakti kepada negara pada sambutan Hari Kebangsaan dengan memastikan penumpang selamat tiba ke destinasi.
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.
MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.