KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).
Beliau berkata siasatan itu melibatkan pihak kedai sebaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan vendornya iaitu sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading di Johor
"Setakat ini 143 laporan (mengenai kes itu) diterima dan 174 saksi telah diambil keterangan termasuk kakitangan serta pemandu lori kedai serbaneka itu, selain 14 pasang stoking yang tertulis kalimah Allah telah dirampas.
"Kita telah menyarankan untuk tuduhan, namun masih menunggu arahan terakhir dan terkini daripada pihak AGC. Sebaik sahaja terima maklumat, kita akan maklumkan," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata kes melibatkan KK Super Mart itu memberi kesan kepada rakyat Malaysia beragama Islam selain mendapat reaksi tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirkan kemurkaan baginda.
"Saya sendiri agak terkesan dengan kes ini, tetapi apabila menyarung pakaian seragam PDRM, siasatan yang dilakukan haruslah mengikut lunas undang-undang," katanya yang mengingatkan semua pihak agar bersabar dan tidak mengambil tindakan sendiri berkaitan isu itu.
Beliau turut menyarankan kepada golongan agamawan mengambil sikap ke arah lebih menenangkan keadaan kerana tindakan telah diambil dan mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang.
Baru-baru ini video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.
Sabtu lepas pengendali kedai rangkaian serbaneka itu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah itu di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Mohd Shuhaily berkata pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC). - Gambar fail
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.
Dr Akmal persoal kenapa diambil keterangan di Sabah
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenapa beliau perlu memberi keterangan di Sabah sedangkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan di negeri ini.
'Dr Akmal patut henti main isu KK Mart, hayati titah Agong' - Nik Nazmi
"Nasihat saya kepada Akmal, keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama."
Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.
Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai pada Rabu.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
Pembekal stoking kalimah Allah, tiga pengarah didakwa
Syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang bertanggungjawab mengedar barangan kepada KK Super Mart bersama tiga pengarah syarikat itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen.
Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah hina agama Islam
Chai Kee Kan dan Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.
UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.
Stoking kalimah Allah: Kertas siasatan lengkap, polis tunggu arahan Peguam Negara
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.