SEORANG suami kepada pekerja syarikat minyak dan gas multinasional British, BP, didakwa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) kerana mencuri dengar perbualan isterinya yang bekerja dari rumah.
Tyler Loudon didakwa telah beberapa kali mendengar perbualan isterinya - seorang pengurus penggabungan dan pengambilalihan di BP - yang terlibat dalam usaha pengambilalihan BP ke atas TravelCenters of America, dan membeli saham dalam firma itu.
Susulan itu, Loudon dikatakan mengambil kesempatan melakukan pembelian saham hasil dari maklumat sulit yang diperoleh dan meraih AS$1.76 juta (£1.39 juta) dalam keuntungan haram.
Loudon didakwa membeli 46,450 saham TravelCenters tanpa pengetahuan isterinya, sebelum perjanjian itu diumumkan pada Februari tahun lalu.
Susulan pengumuman itu, SEC berkata, harga saham TravelCenters meningkat hampir 71% dan Loudon segera menjual semua sahamnya yang baru dibeli untuk membuat keuntungan
Dalam aduan oleh pengawal selia, semasa rundingan perjanjian antara TravelCenters dan BP pada 2022, Loudon yang berasal dari Houston, Texas, dan isterinya, bekerja di rumah dalam jarak 20 kaki antara satu sama lain.
"Akibatnya, mereka kerap mendengar dan menyaksikan perbualan dan persidangan video berkaitan kerja masing-masing.
"Isteri Loudon juga mengusahakan perjanjian berkenaan apabila pasangan itu tinggal di sebuah 'Airbnb kecil' di Rom," kata pengawal selia terbabit.
Loudon mengaku kepada isterinya tentang pembelian saham TravelCenters selepas Pihak Berkuasa Kawal Selia Industri Kewangan mula bertanya soalan mengenai perjanjian BP itu dan siapa yang disyaki tahu mengenainya.
Menurut pemfailan, Loudon berkata, dia membeli saham itu kerana mahu mendapatkan wang yang mencukupi supaya isterinya tidak perlu bekerja berjam-jam lagi.
Isterinya - yang terkejut dengan pendedahan itu - melaporkan kesalahan itu kepada pihak pengurusan BP.
BP memeriksa e-mel dan mesej di telefon wanita itu dan tidak menemui bukti yang dia telah dengan sengaja membocorkan maklumat tentang perjanjian itu kepada suaminya atau mengetahui suaminya telah membeli saham itu.
Dalam satu kenyataan, SEC berkata, Loudon tidak menafikan dakwaan itu dan bersetuju untuk membayar penalti.
Beliau juga menghadapi kemungkinan tuduhan jenayah dan jika sabit kesalahan, boleh berdepan hukuman penjara.
Sementara itu, menurut aduan pengawal selia, isteri Loudon berpindah keluar dari rumah dan menghentikan semua hubungan dengannya. Pada Jun 2023, dia memulakan prosiding perceraian.
Agensi
Sat Feb 24 2024
BP memeriksa e-mel dan mesej di telefon wanita itu dan tidak menemui bukti yang dia telah dengan sengaja membocorkan maklumat tentang perjanjian itu kepada suaminya atau mengetahui suaminya telah membeli saham itu.
Tiga maut lori terbalik jatuh gaung
Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di Gua Musang.
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Suami didakwa curi dengar perbualan isteri, ambil kesempatan beli saham untung juta
Loudon didakwa ambil kesempatan beli saham hasil dari maklumat sulit yang dicuri dengar dan memperoleh AS$1.76 juta dalam keuntungan haram.
Turun naik harga saham tidak cerminkan prestasi sebenar syarikat - Jentayu Sustainables
Pengendali loji tenaga itu menyaksikan penurunan harga saham sejak beberapa hari namun ditutup sembilan peratus lebih tinggi semalam.
Kerugian 3 syarikat cetus kesan domino, RM7.1 bilion permodalan saham lenyap
Ketiga-tiga saham syarikat tersebut telah kehilangan gabungan permodalan pasaran RM5.14 bilion sejak awal tahun ini.
Sime Darby lanjut hingga 31 Jan untuk pemegang saham UMW Holdings terima tawaran RM5
CIMB Investment Bank Bhd berkata tahap penerimaan tawarannya setakat 5 petang Jumaat lepas berada pada 94.15%.
Microsoft pintas Apple seketika sebagai syarikat paling bernilai di dunia
Pada ketika ini, kedua-dua syarikat dinilaikan melangkaui $2.8 trilion pada nilai harga saham semasa.
TNB masih pemegang saham terbesar SESB, kerajaan Sabah baru 17 peratus
Katanya, orang ramai perlu faham SESB masih belum diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah yang ketika ini memiliki 17% saham.
'Tawaran pengambilalihan baki saham BPlant pada harga RM1.55 tidak adil tetapi munasabah'
Kata firma itu, walaupun harga tawaran mewakili diskaun 40.4% kepada RNAV kumpulan, ia juga memberi peluang kepada pelabur untuk keluar.
Pelabur asing catat aliran masuk RM674 juta ekuiti Malaysia pada Sept 2023 - Maybank IB
Ia juga mewakili pembelian bersih pelabur asing bagi bulan ketiga berturut-turut, di mana mereka mencatat aliran masuk pada Julai dan Ogos.