awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri dituduh rantai leher kanak-kanak di tong gas

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2017
04:42 MYT
Suami isteri dituduh rantai leher kanak-kanak di tong gas
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan bagi kesalahan menganiaya kanak-kanak berusia 10 tahun. - Foto Astro AWANI
Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini bagi kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas di kediamannya di Indera Mahkota, Oktober lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwaraya, Shahrul Ekhsan Hassim di hadapan hakim, Datuk Unaizah Mohd.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pertama, Mohd Farid Fikri Mohamad, 32 , dan isterinya, Fatimah Muhammad Zain, 37, didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1 pagi hingga 9.15 pagi pada 5 Oktober lalu dengan menganiaya kanak-kanak berusia 10 tahun di bawah jagaan mereka dengan cara merantai leher dengan rantai besi pada tong gas.
BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anggota-tentera-isteri-ditahan-rantai-anak-pada-tong-gas-157109
Kanak-kanak 10 tahun dirantai pada tong gas oleh bapanya kerana enggan ke sekolah.
Kanak-kanak 10 tahun dirantai pada tong gas oleh bapanya kerana enggan ke sekolah.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa antara jam 8 pagi hingga jam 10.30 malam, 31 September hingga 4 Oktober lalu melakukan kesalahan dengan mencapai niat bersama membiarkan mangsa tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan.
Untuk pertuduhan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 33 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kedua tertuduh diwakili peguam, Noor Svetlana Mohd Noordin yang kemudian meminta kes dibicarakan.
Hakim menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan untuk setiap tertuduh dan sebutan semula pada 9 Januari tahun depan.
Terdahulu, dilaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan bukan sahaja berbogel malah tidak sedarkan diri serta lehernya dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota.
Dan pada 8 November lalu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuantan (MBKK) menetapkan kanak-kanak tersebut akan kekal tinggal bersama bapa kandungnya di Melaka, selepas tempoh penjagaan sementara selama sebulan berakhir.
BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hasrat-budak-lelaki-temui-bapa-kandung-tercapai-157317
BACA: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/budak-dirantai-di-tong-gas-bapa-tiri-dibebaskan-157739
Topic Berkaitan
#bogel
#Kanak-kanak
#Kuantan
#lelaki
#mahkamah
#mangsa
#rantai
#tong gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan