KENINGAU : Pembangunan di Sabah terutama yang melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik, air dan internet perlu diberi penekanan oleh kerajaan agar negeri itu dapat membangun seiring dengan negeri-negeri lain.
Bagi penduduk pedalaman khususnya di Keningau, mereka beranggapan peruntukan yang lebih besar berbanding sebelumnya perlu diberikan kepada Sabah dengan mengambil kira faktor geografi negeri tersebut.
Menurut Verny Tobing, isu pembangunan yang didepani penduduk di pedalaman negeri itu bukan hanya tertumpu kepada satu atau dua daerah, malah lebih daripada itu.
"Peruntukan pembangunan di Sabah ini perlu dilihat. Sebagai contoh, banjir yang berlaku baru-baru ini, dan lihat keadaan jalan di Sabah, kebanyakannya runtuh.
"Jadi pembangunan untuk jalan sangat penting. Peruntukan yang besar diperlukan untuk jalan, air dan elektrik. Ini adalah tiga asas yang paling diperlukan untuk Sabah.
"Tidak semua daerah memiliki (bekalan) air dan elektrik dan mempunyai jalan yang bagus," katanya.
Menyentuh isu yang sama, seorang peniaga yang ditemui di Bingkor, Noh Malik Shabana berkata, pihak berkaitan perlu memikirkan jalan terbaik bagi memastikan kemudahan perkhidmatan seperti internet dapat dimanfaatkan oleh penduduk dan tidak menjadikan bentuk muka bumi sebagai alasan.
"Sekiranya mahu menambah baik perkhidmatan internet, perkara ini perlu merangkumi semua syarikat kerana ianya tertakluk kepada tempat. Ada yang mempunyai (rangkaian) dan ada yang tidak. Bergantung kepada bentuk muka bumi atau kawasan yang masih berbukit bukau.
"Jadi mereka perlu tampil dengan satu inisiatif. Perkara ini memerlukan kesinambungan," jelasnya.
Sementara itu, bagi sukarelawan Nicklaus Yong, peruntukan yang lebih besar itu dalam masa sama perlu difokuskan juga kepada isu kemudahan air terawat, kerana isu berkenaan telah berlarutan sejak sekian lama sehingga memaksa penduduk menggunakan air graviti dan sungai sebagai pilihan.
"Masalah lain yang terdapat di Sabah kini adalah masalah jalan untuk masuk ke kawasan kampung dan masalah air di bahagian itu.
"Sebagai anak muda, saya berharap, kerajaan negeri mengggunakan peruntukan diberi untuk membangunkan Sabah dengan lebih baik dan memberikan fokus buat kawasan pedalaman secepat mungkin," katanya kepada Astro AWANI.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam amanatnya bersempena sambutan Hari Malaysia 2021 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) berkata, Sabah dan Sarawak masing-masing bakal menerima RM4.66 bilion dan RM4.47 bilion di bawah Rolling Plan 1 2021, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.
BACA: RM9.13 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak - PM
BACA: Kerajaan beri perhatian isu berkaitan Sabah dan Sarawak - PM
Ujarnya, ianya adalah merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran yang saksama.
Astro Awani
Fri Sep 17 2021
Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) harus ditumpukan untuk membangun kawasan-kawasan pedalaman di Sabah demi mencapai matlamat kemakmuran saksama. - Gambar fail
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Wisma Putra sahkan letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Penggerak jentera parti disaran jelaskan pembangunan dibawa kerajaan negeri - Hajiji
Jentera hadapan parti itu akan memikul tanggungjawab penting sebagai barisan hadapan bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Kerajaan Sabah sedia RM191 juta peruntukan untuk kebajikan tahun ini
Dana berkenaan khusus untuk memberi perhatian kepada usaha menaik taraf pelbagai infrastruktur kebajikan dan aspek bantuan kebajikan.
Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Abdul Taib
Katanya, dalam tempoh perkhidmatan kerajaan yang luar biasa selama 51 tahun, Abdul Taib sinonim dengan pembangunan luar biasa Sarawak.
Sarawak iktiraf peranan belia dalam pembangunan
Pembangunan Youth Technopreneur bertujuan melengkapkan belia dengan komponen teknologi yang merupakan perniagaan baharu masa kini.
PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Kalau pembangkang 80 penggal pun tiada pembangunan - Ahmad Maslan
Menurutnya, penting untuk memastikan Amizar berjaya mengekalkan kerusi DUN tersebut untuk terus menambah baik keperluan warga Pelangai.
Sektor perbankan pemangkin bagi perubahan ke arah ekonomi hijau - Nik NAzmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerjasama industri merupakan instrumen paling berkuasa untuk menyokong matlamat Malaysia itu.