SHAH ALAM : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa pegawai polis berpangkat inspektor yang didakwa merogol remaja digantung tugas serta-merta sehingga satu siasatan bebas dilaksanakan.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, dakwaan itu adalah sesuatu yang serius kerana polis sepatutnya menjadi pelindung kepada masyarakat.
"Suaram meminta agar satu siasatan terhadap inspektor polis itu dilaksanakan secara telus dan terbuka. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus sentiasa kemas kini perkembangan siasatan serta mengumumkan tindakan susulan yang diambil.
"Perkara ini tidak boleh hanya tertakluk kepada tindakan tatatertib sahaja tetapi inspektor yang didakwa terlibat dalam kes rogol ini harus dituduh di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan mangsa berusia 16 tahun telah ditahan atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor mengesahkan laporan dan penahanan pegawai itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan yang sedang berjalan.
Sevan dalam masa sama turut mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) PDRM ketika mengendalikan kes berkaitan rogol dan gangguan seksual.
"Memandangkan Akta Antigangguan Seksual telah diwartakan, PDRM harus meneliti semula dan memperhalusi SOP yang lebih sensitif kepada jantina, malah memberi latihan profesional kepada pegawai-pegawai penyiasat berkenaan.
"Suaram mengingatkan pihak umum bahawa ini bukan kali pertama pihak media membongkar kes rogol atau gangguan seksual yang dilakukan oleh pegawai polis.
"Kami khuatir kes sebegini tetap berulang kerana budaya bebas daripada sebarang hukuman," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, kes rogol ini adalah antara kes yang memerlukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diperjuangkan oleh kumpulan masyarakat sivil.
"Namun dalam konteks Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang sedia ada, ia tidak mempunyai kuasa menyiasat dan penguatkuasaan yang setimpalnya.
"Sebarang keputusan siasatan oleh IPCC hanya dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan tetapi SPP tidak mempunyai kewajipan untuk melaksanakan cadangan tersebut ataupun melapor balik kepada IPCC," jelasnya.
Beliau juga menyeru agar kerajaan baharu mengadakan satu mesyuarat libat urus bersama masyarakat sivil untuk mengkaji semula akta IPCC yang sedia ada. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 03 2023
Suaram berkata, dakwaan rogol itu adalah sesuatu yang serius kerana polis sepatutnya menjadi pelindung kepada masyarakat. - Gambar hiasan
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM
Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan 'kesilapan politik' dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia.
Wujudkan IPCMC segera untuk tangani salah guna kuasa polis - SUARAM
SUARAM dakwa wujud salah guna kuasa dalam kalangan pegawai PDRM terhadap tahanan sehingga ada yang menyebabkan kematian.
LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakan itu telah dibuat pihaknya bersama Ketua Polis Negara dan pegawai yang terlibat berkenaan dakwaan itu.
Dakwaan bukti dimusnahkan: PDRM siasat laporan berkaitan tahanan mati dalam lokap
Polis KL menerima laporan daripada Mohammad Alshatri Abdullah pada Rabu lepas mengenai keterangan pegawai penyiasat dalam prosiding inkues melibatkan Benedict Thanilas, 43 tahun.
SUARAM, SUHAKAM gesa 142 kanak-kanak ditahan di bawah POCA dibebaskan
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan membebaskan 142 kanak-kanak yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
EU patut berdialog dengan Malaysia, bukan bertindak tergesa-gesa - Wisma Putra
Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya mengendalikan isu berkaitan keadaan hak asasi manusia Malaysia melalui dialog, dan bukannya bertindak tergesa-gesa dengan mengeluarkan resolusi.
NGO Malaysia gesa demokrasi dikembalikan kepada Thailand
Pertubuhan masyarakat sivil, kesatuan sekerja dan pergerakan demokrasi Malaysia menggesa demokrasi dikembalikan kepada Thailand.