KUALA LUMPUR: Di sebalik kontroversi insiden saat-saat akhir perlawanan Liga Super di antara Perak FC dan Johor Datul Ta'zim (JDT) malam tadi, suasana di kem Harimau Malaya kekal positif.
Malah, ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menegaskan isu tersebut langsung tidak menjejaskan moral pemain, sebaliknya masing-masing ceria kerana dapat berjumpa rakan sepasukan selepas tidak bertemu lebih setahun sejak November 2019.
"Memanglah ada sedikit ketegangan, tetapi selepas perlawanan itu kami semua bersama-sama untuk mewakili negara," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.
Pemain skuad kebangsaan kini berada di kem latihan pusat di Johor Bahru bagi menjalani latihan bermula hari ini.
Cheng Hoe menyenaraikan 17 pemain kebangsaan yang bermain dalam dua perlawanan terakhir saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada November 2019 serta 11 lagi termasuk pemain naturalisasi terbaharu negara Guilherme de Paula.
Terdapat 13 pemain JDT dan dua daripada Perak FC dalam pasukan kebangsaan yang menjalani latihan pusat itu.
Jurulatih berusia 52 tahun berkenaan juga berkata setakat ini terdapat 26 pemain di kem itu dan dijangkakan dua lagi pemain daripada pasukan Terengganu FC tiba malam ini, sekali gus melengkapkan senarai 28 pemain beliau.
Cheng Hoe juga mengesahkan pasukannya sedang menunggu laporan perubatan daripada JDT susulan kecederaan yang dialami Mohamadou Sumareh yang membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Selatan itu menentang Perak FC di Ipoh malam tadi.
Namun katanya beliau mempunyai beberapa pemain dalam senarai menunggu untuk mengisi kekosongan sekiranya Sumareh tidak boleh menyertai kem latihan itu.
Beliau juga tidak berhasrat mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan Liga Malaysia sebaliknya mahu menumpukan pada latihan itu.
"Saya harap pemain tidak akan mengalami sebarang kecederaan selepas bermain dalam jadual liga yang padat. Saya cuma mahu mewujudkan persefahaman dalam kalangan pemain selain membolehkan mereka kembali mesra selepas lebih setahun tidak berjumpa," katanya.
Mengenai de Paula, jurulatih itu berharap dua gol yang disumbangkan oleh pemain kelahiran Brazil tersebut ketika menentang JDT malam tadi akan memberikannya keyakinan untuk bermain selepas mengharungi lima perlawanan tanpa menjaringkan gol sebelum ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berharap kem latihan pusat tersebut berjalan lancar dengan Cheng Hoe dapat meningkatkan persefahaman serta tahap dan corak permainan pasukan untuk beroleh kejayaan ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand pada Jun depan.
Hamidin pada masa sama turut berterima kasih kepada JDT atas kesudian pasukan berkenaan berkongsi kemudahan pusat latihan mereka dengan skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat di Johor Bahru kali ini.
"Diharap ini menjadi contoh kepada kelab-kelab bola sepak tempatan yang lain untuk sama-sama membangunkan pusat latihan mereka dengan kemudahan lengkap seperti ini, kerana pada akhirnya sudah pasti akan membantu meningkatkan prestasi pemain, sekali gus dapat memajukan tahap bola sepak negara secara keseluruhan," katanya dalam hantaran di laman Facebook FAM hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
CHENG HOE: Pemain skuad kebangsaan kini berada di kem latihan pusat di Johor Bahru bagi menjalani latihan bermula hari ini. - Gambar fail
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
Peserta Israel di pertandingan nyanyian Eurovision kena 'boo' penonton
Keputusan untuk membenarkan Israel kekal menyertai pertandingan Eurovision sudah lama cetuskan kontroversi dalam kalangan peminat.
Penganjur konsert kontroversi di Kedah tampil mohon maaf
Faris Azrii berkata, isu tersebut yang berlaku pada malam Nisfu Syaaban adalah atas kesilapan pihaknya.
Fokus kepada solidariti bukan perkara kontroversi - Mohd Na'im
Kontroversi laungan 'takbir' tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini.
Mursyidul Am Pas nasihatkan Sanusi jaga ucapan
Hashim berkata, Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.
Anak PM Jepun letak jawatan selaku setiausaha eksekutif ekoran kritikan
Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi perdana menteri.
Penduduk Paris akan mengundi sama ada haramkan skuter elektrik sewa
Penduduk Paris akan mengundi pada April untuk sama ada mengharamkan penyewaan skuter elektrik ekoran pertikaian yang berlaku.
Piala Dunia Qatar: Saya cakap bila saya mahu - Cristiano Ronaldo
Semangat Cristiano Ronaldo kini berkobar-kobar berikutan berjuta-juta orang memandang tinggi kepadanya menjelang Piala Dunia Qatar 2022 selepas wawancara kontroversinya dengan Piers Morgan disiarkan.
Menteri Ekonomi Jepun letak jawatan susulan skandal
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu bahawa pengganti Yamagiwa akan diumumkan pada Selasa.
"Cukuplah glamor, saya malu dengan anak-anak" - Aliff Syukri mahu jaga maruah, enggan cetus kontroversi lagi
Jika terus khayal dengan glamor, Aliff Syukri bimbang dilabel orang tua tidak sedar diri!
'Saya tak melarikan diri' - Presiden FAM
"Saya tak nak jawab hari ini, saya akan jawab pada Jumaat. Saya mahu berita mengenai perkara ini dilaporkan."