JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan memikul tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, mahu memberi tumpuan menghentikan amalan rasuah.
Baginda dalam wawancara bersama The Straits Times Singapura bertitah, kerajaan yang stabil haruslah konsisten dengan dasar mampan yang diperlukan untuk memperbaiki ekonomi negara.
"Daripada moyang saya, kami adalah pemburu yang hebat.
"Saya akan pastikan apabila saya pergi memburu, saya membawa balik hasil yang bagus.
"Tetapi apabila saya di Kuala Lumpur nanti, ia adalah hutan konkrit, jadi apa yang saya buru?
"Saya akan memburu semua orang yang korup.
"Saya akan pastikan saya membawa hasil (buru orang yang korup)," titah baginda dalam temu bual eksklusif tersebut.
Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong, bukannya kepada Parlimen seperti sekarang.
"Jika (SPRM) datang kepada Agong, bermakna anda tidak berada di bawah pengaruh mana-mana pihak eksekutif.
"Petronas pun tidak sepatutnya berada di bawah Parlimen, lapor terus kepada saya," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya pelantikan kehakiman mesti diasingkan daripada badan eksekutif, bagi memastikan badan kehakiman negara benar-benar bebas.
"Hakim dilantik oleh raja, atas nasihat Perdana Menteri selepas panel pelantikan mengesyorkan calon berkenaan.
"Kami (Raja-Raja) hanya mendapat senarai itu (dari Pejabat Perdana Menteri) semasa Majlis Raja-Raja bersidang.
"Mengapa anda tidak menyenaraikan nama-nama calon yang layak (kepada kami) sebelum anda melantik?
"Kami (Raja- Raja) bukan 'rubber stamp'," titah baginda.
Pada 27 Oktober lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dilaporkan berkata, pelantikan baginda selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.
Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun mulai dari tarikh sama.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selama lima tahun bermula 31 Januari 2019. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 10 2023
Pada 27 Okt lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Pelantikan baginda selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Jan 2024. - Gambar fail/Facebook The Royal Johor
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Pemimpin politik jangan ekstrem ketika beri pandangan isu agama, kaum - Agong
Yang di-Pertuan Agong berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.
Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.
Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf
Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.
Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai pada Rabu.