KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyarankan kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif merancang pengurusan kewangan yang efektif dalam menghadapi cabaran ekonomi kini, antaranya dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Baginda bertitah melalui jalinan kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri perlu menyusun strategi jangka pendek, sederhana dan panjang secara komprehensif bersama jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini.
"Kerjasama ini merangkumi perancangan cadangan projek-projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan berakhir pada 2025.
"Seterusnya kesinambungan perancangan ini hendaklah diteruskan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan bermula pada 2026. Perancangan dan tumpuan yang teliti bagi perkara ini pastinya memberikan impak secara terus terhadap kesejahteraan rakyat Beta," titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dalam pada itu Sultan Mizan menzahirkan rasa syukur atas kejayaan pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan secara mampan melalui Pelan Strategi Pertanian 2019 hingga 2023 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 39 peratus pendaratan ikan marin.
Justeru itu, baginda mahu agar program yang dirancang terus diperkasakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan menerusi pemfokusan kepada program pembangunan tukun ke arah mewujudkan tukun tiruan garis sempadan dan pesisir pantai perairan Terengganu.
Sultan Mizan juga menzahirkan rasa khuatir dengan kemasukan ternakan dari luar negara melalui penyeludupan yang tiada saringan serta sijil pengesahan bebas penyakit oleh negeri atau negara pengeluar, yang boleh memberi kesan buruk kepada industri ternakan.
"Permintaan tinggi terhadap ternakan yang mempunyai ketidaksahihan kawalan penyakit ini memberikan kesan langsung terhadap keselamatan makanan kepada rakyat. Penguatkuasaan berterusan sama ada di perairan mahupun sempadan negeri perlu dipergiatkan agar isu pencerobohan sumber marin serta penyeludupan ternakan ini terkawal dan tidak berleluasa," titah baginda.
Sementara itu Sultan Mizan bertitah sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) merupakan sektor industri baharu dalam teknologi moden kini dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mendapati Malaysia mempunyai kira-kira 15.2 juta tan NR-REE dan Terengganu memiliki deposit paling banyak, iaitu sekitar 7.2 juta tan.
Titah baginda, dengan sumber mineral baharu ini kerajaan negeri harus menentukan kaedah terbaik perlombongan NR-REE dengan memastikan rantaian nilai termasuklah industri pertengahan (mid-stream) dan hiliran (down-stream) diwujudkan di Terengganu dan seterusnya menjadi hab pengeluar serta pemprosesan utama negara.
Dalam pada itu, Sultan Mizan bertitah baginda dan seluruh rakyat Terengganu mengucapkan tahniah kepada jaguh trek berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan pelumba lebuh raya wanita Nur Aisyah Mohamad Zubir yang kedua-duanya berasal dari Terengganu, kerana layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Baginda juga mendoakan agar Terengganu kembali menjadi juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia yang bakal berlangsung di Sarawak pada Ogos nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan menyampaikan titah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Sultan Terengganu berkenan rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Sultan Mizan mahu kerajaan Terengganu perkasa kerjasama dengan Persekutuan
Sultan Terengganu menyarankan kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.
Kerajaan Terengganu perlu cari kaedah, model terbaik dalam sistem pentadbiran - Sultan Mizan
Sultan Mizan mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif.
Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Seluruh rakyat Terengganu dinasihatkan untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung.
PM Anwar zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda baginda.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda.
Adinda Sultan Terengganu mangkat
Tengku Norhana mangkat kira-kira jam 4.52 pagi di Gleneagles,Kuala Lumpur dan akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, petang ini.