KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mahu rakyat Kelantan yang belum divaksinasi supaya mendaftar untuk menerima vaksin atau mendapatkan vaksin secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri itu.
Setiausaha Sulit Kanan baginda, Datuk Nik Mohd Sharifman Nik Hassan, berkata Sultan Muhammad bertitah, ia supaya Kelantan berjaya mencapai imuniti kelompok atau kadar vaksinasi 80 peratus pada 30 September 2021 seperti yang dirancang.
"Baginda berasa amat berdukacita melihat negeri Kelantan antara negeri yang mempunyai peratusan penerima vaksin yang terendah sebanyak 50 peratus.
"Baginda mengalu-alukan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai peruntukan 1.2 juta dos tambahan untuk Kelantan bagi membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin dan baginda benar-benar berharap agar rakyat Kelantan akan segera mendapatkan vaksin supaya dapat melindungi diri sendiri dan ahli keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Nik Mohd Sharifman berkata, baginda juga bertitah bahawa mengambil vaksin adalah tanggungjawab individu kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
"Baginda turut merujuk kepada resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10 yang bersetuju hukum penggunaan Vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia," katanya.
Katanya, pada masa sama, Sultan Muhammad turut menyarankan supaya semua pihak menggembleng tenaga memperluaskan program khidmat masyarakat di seluruh Kelantan terutama di kawasan kampung dan pedalaman supaya masyarakat yakin keberkesanan vaksin.
"Baginda amat berharap rakyat Kelantan akan segera mendapatkan vaksin supaya Kelantan tidak tercicir dalam mencapai imuniti kelompok dan seluruh rakyat boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik, hospital tidak lagi terbeban dan rawatan untuk pesakit-pesakit lain tidak terjejas," katanya.
Dalam pada itu, katanya baginda turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi di negara ini termasuk sukarelawan.
"Baginda amat menghargai jasa petugas-petugas kesihatan yang memikul amanah berat dalam merawat dan menyelamatkan pesakit COVID-19 sejak tahun lepas," katanya.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Sep 07 2021
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berdukacita melihat negeri Kelantan antara negeri yang mempunyai peratusan penerima vaksin yang terendah dan mendesak rakyat Kelantan supaya segera mengambil vaksin. - Gambar fail
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus
Penarikan balik pingat Mohammad Agus itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.
Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
Guna kepala surat Istana Kelantan, 4 individu ditahan
Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 45-70 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen pada 3 Oktober lepas.
Kemunculan pertama Sultanah Kelantan
Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah berkenan, hari ini menerima menghadap Pertubuhan Kerabat DRaja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.
Sultan Kelantan berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai isteri baginda
Sultanah Kelantan membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Sultan Kelantan berkenan sertai majlis korban, sembelih dua ekor lembu
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Program Majlis Korban Jama'ie MAIK.
Sultan Kelantan zahir rasa bangga prestasi kewangan negeri
Kerajaan Kelantan menerusi dasar kewangan yang komprehensif telah berjaya mengawal perbelanjaan mengurus berdasarkan keutamaan perbelanjaan.
Sultan Muhammad V titah rakyat Kelantan terima vaksinasi
Ia supaya negeri Kelantan berjaya mencapai imuniti kelompok (suntikan vaksin 80 peratus) pada 30 September 2021 seperti yang dirancang.