Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini memperkenan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-12.
Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Perak, Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan berkata, peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini.
“Ahmad Faizal dengan itu telah menyembahkan warkah peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak, dan mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan berdasarkan peruntukan Fasal (1) Perkara XII, dan perenggan (a) Fasal (2) Perkara XVI, Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mengambil maklum dan menerima peletakan jawatan Ahmad Faizal berkuat kuasa 10 Mac 2020,” katanya.
BACA: Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak pagi ini
BACA: Faizal Azumu letak jawatan MB, kerajaan Perak bubar serta merta
BACA: MB Perak: BN calonkan Saarani, Pas kunci mulut
Dalam kenyataan sama, Abd Rahim memaklumkan bahawa Sultan Perak juga telah menerima mengadap pemimpin ketiga-tiga parti iaitu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas Perak.
Ia bagi mengesahkan bahawa Ahli Dewan Negeri daripada tiga buah parti tersebut telah mencapai kata sepakat untuk mendapat perkenan Baginda menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.
“Selanjutnya, pemimpin tiga parti politik berkaitan mempersembahkan nama-nama untuk pertimbangan Duli Yang Maha Mulia, memperkenankan lantikan Menteri Besar Perak yang baharu dan berikrar memberikan sokongan kepada ahli Dewan Negeri yang diperkenankan oleh Baginda.
“Baginda akan meneliti dan menimbangkan Ahli Dewan Negeri yang telah dicalonkan dan akan menggunakan kuasa Baginda menurut perenggan (a) Fasal 2, Perkara XVI Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, melantik ahli Dewan Negeri yang pada timbangan Baginda boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri sebagai Menteri Besar Perak ketiga belas; selanjutnya menetapkan tarikh mengangkat sumpah jawatan,” menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, media hanya difahamkan terdapat dua nama dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak iaitu Ahmad Faizal dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.
Pas bagaimanapun enggan mendedahkan nama yang dicadangkan kepada Sultan Nazrin untuk dipertimbangkan.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 10 2020
Sultan Perak juga telah menerima mengadap pemimpin ketiga-tiga parti iaitu dari Bersatu, UMNO dan Pas Perak. Astro AWANI
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Sultan Perak pertimbang MB baharu, perkenan peletakan jawatan Faizal Azumu
Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Perak, Datuk Abd Rahim Mohamad Nor berkata peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini.