awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sunway Lagoon dibuka semula, patuhi semua SOP KKM

Bernama
Bernama
04/07/2020
09:50 MYT
Sunway Lagoon dibuka semula, patuhi semua SOP KKM
Persediaan menyeluruh telah dilakukan terutama dari segi kebersihan dan keselamatan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. - Facebook @SunwayLagoonMalaysia
Selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pandemik COVID-19, Sunway Lagoon membuka semula pintunya hari ini dengan menyediakan hadiah istimewa kepada 1,000 pengunjung pertama dan pembeli pas Quack Xpress secara dalam talian untuk kunjungan hari ini dan esok.
Penolong Pengurus Besar Sunway Lagoon M. Magendran berkata, persediaan menyeluruh telah dilakukan terutama dari segi kebersihan dan keselamatan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"Sebelum pembukaan semula, para pekerja kami telah melakukan persediaaan bagi memastikan semua langkah-langkah keselamatan tersedia di Extreme Park, Water Park, Amusement Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon," katanya kepada pemberita semasa majlis pembukaan semula taman tema itu di sini hari ini.
Beliau berkata semua titik sentuhan di taman tema itu juga akan sentiasa dibersihkan manakala permainan tunggangan di pusat hiburan tersebut akan dinyah cemar selepas setiap kali digunakan.
"Suhu badan pengunjung juga akan diambil dan mereka perlu mengisi borang deklarasi diri secara digital sebelum memasuki Sunway Lagoon manakala pemakaian pelitup muka adalah digalakkan," katanya.
Magendran berkata taman tema itu, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 35 hektar dan memiliki lebih 90 tarikan, hanya akan membenarkan kemasukan 50 peratus daripada kapasiti pengunjungnya bagi memastikan penjarakan sosial.
Seorang pengunjung, Nurul Hidayah Che Su, 27, mengakui berasa selamat untuk mengunjungi Sunway Lagoon kerana taman tema itu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.
"Selepas sekian lama terkurung, saya rasa ini adalah tempat terbaik untuk membawa keluarga keluar beriadah. Lagi pun, saya sangat berpuas hati dengan SOP yang disediakan," kata pekerja swasta itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hiburan
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#operasi
#pandemik
#PAS
#SOP
#Sunway Lagoon
#Taman Tema Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan