BACHOK: Kejayaan lima suri rumah di Beris Kubur Besar, Bachok di sini menanam sayuran secara hidroponik menjadi contoh kepada wanita lain di negeri ini untuk menjana pendapatan daripada sumber itu.
Pencetus idea dan Ketua Projek Tanaman Mikro Green, Davina Henry Ugis berkongsi permulaan beliau menanam sayuran melalui kaedah itu ketika negara menghadapi pandemik Covid-19 lebih dua tahun lalu.
Beliau kemudian mula memberi tunjuk ajar kepada empat lagi rakan, Normi Syaimaa Azlee, 26; Siti Maheran Mohamed, 32; Siti Musfirah Jaafar, 37; dan Khazimah Yusof, 54.
Davina juga berbangga kerana tanaman yang diusahakan kumpulan itu di Rumah Tamu, Bachok dengan hanya bermodalkan RM200 mula mendapat perhatian masyarakat setempat.
Menurut beliau, penanaman hidroponik itu dimulakan dengan sawi dan pakcoy hanya menggunakan kapas bantal lama, bekas terbuang dan botol plastik.
"Span itu dibasahkan dan dimasukkan ke dalam bekas lama sebelum benih yang dibeli melalui dalam talian disemai," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Davina berkata, pada permulaan beliau hanya menggunakan 10 bekas sahaja untuk menanam sayuran tetapi kini sudah mampu menanam lebih 2,000 pokok membabitkan sawi, kangkung, bayam dan beberapa jenis sayur lain.
Wanita gigih ini kemudiannya berbincang bersama suami, Mohd Zulkifli Zakaria, 62, untuk menambah jumlah tanaman selain berhasrat mengkomersialkan sayuran hidroponik.
Justeru, atas persetujuan bersama, mereka mula memelihara ikan talapia menggunakan sistem elektrik yang dipelajari melalui internet dan najis ikan itu disalurkan ke tanaman.
Idea itu berjaya apabila sayur pakcoy yang ditanam mencapai berat 400 gram sepokok.
Ibu kepada tiga anak, Mohammad Dzull Danish Mohd Zulkifli, 19; Nur Dzull Durany Mohd Zulkifli, 17 dan Mohd Dzull Dihishwar Mohd Zulkifli, 12, itu kini boleh menarik nafas lega kerana usahanya berjaya dan turut memberi peluang menambah pendapatan kepada penduduk setempat.
"Kami mula menjual sayur-sayuran ini pada Ogos tahun lalu dan beberapa bulan kemudian memprosesnya untuk menjadikan teh dan mi sayur. Alhamdulillah mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.
"Kami turut menerima tempahan daripada seluruh negara tetapi buat masa ini masih tidak mampu membekalkan produk terbabit," katanya.
Sementara itu, Siti Musfirah berkata, beliau menyertai projek berkenaan kerana minat bercucuk tanam selain kaedah hidroponik yang mudah dan cepat mengeluarkan hasil.
"Alhamdulillah saya dan rakan lain mendapat bimbingan Davina. Kami kini berusaha untuk mengeluarkan lebih banyak sayur-sayuran kerana mendapat permintaan penduduk setempat.
"Saya ada masa untuk menyertai projek ini kerana hanya membantu suami menyiapkan perniagaan secara kecil-kecilan di kampung," katanya.
Bagi Normi pula, percubaan secara suka-suka membawa kepada minat yang mendalam kerana tanaman hidroponik tidak mengambil masa lama untuk dituai.
Menurut Normi, tanaman berkenaan sesuai untuk anak muda kini untuk menjana pendapatan di kampung sendiri.
"Lagipun tanaman jenis ini boleh diperluaskan kerana mampu menambah pendapatan keluarga selain mengisi masa lapang yang lebih berfaedah," katanya.
Tambah Normi, kumpulan mereka turut memperluaskan tanaman kepada produk lain yang lebih sihat dan berkhasiat.
"Hasil jualan sayur juga boleh menambah pendapatan keluarga sebanyak RM200 sebulan," katanya.
Usaha mereka ternyata berbaloi apabila mendapat perhatian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mengadakan lawatan di Rumah Tamu, Bachok pada Jumaat.
Rina juga berhasrat memperluaskan projek tanaman itu ke seluruh negeri melalui KADA dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Sinar Harian
Sun Jun 19 2022
Kapas bantal lama digunakan untuk menyemai benih sayur dan sawi yang ditanam melalui kaedah hidroponik mencecah berat 400 gram. - Foto Sinar Harian
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei).
Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan
Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
Isteri mengaku tidak salah cuba racun suami, mentua
Isteri pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cubaan meracun suami dan ibu mertuanya lima tahun lalu
Suri rumah guna kapas bantal lama usaha tanaman hidroponik
Penanaman hidroponik itu dimulakan dengan sawi dan pakcoy hanya menggunakan kapas bantal lama, bekas terbuang dan botol plastik.
Pertanian bandar di kaki gunung, tarikan pelancong di Perak
Sebagai permulaan, kaki Gunung Matsoorat yang terletak berdekatan Kampung Kepayang dan Gunung Lang dijadikan sebagai projek perintis.
'Kebun' rock melon di aras empat parkir kereta
P. Manickavasagam mengusahakan tanaman itu di Plaza Sri Muda sejak 10 tahun lepas menggunakan kaedah hidroponik dan fertigasi.