awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek curi motosikal ditahan di wad selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat PUS

Bernama
Bernama
18/10/2020
22:13 MYT
Suspek curi motosikal ditahan di wad selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat PUS
ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi, Ketua Polis Daerah Brickfields. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Seorang daripada dua lelaki tempatan yang diberkas ketika leka dengan kegiatan mencuri motosikal di kawasan parkir Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada Sabtu telah ditahan di wad selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang individu di bawah pengawasan (PUS) yang memakai gelang pink dan menjalani kuarantin di blok Program Perumahan Rakyat Kerinchi.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata suspek yang berusia 19 tahun turut menjalani pemeriksaan suhu badan yang didapati mencecah 38.5 darjah Celsius.
“Suspek turut menjalani ujian saringan COVID-19 dan sedang menunggu keputusan lanjut. Sementara seorang lagi suspek (yang berusia 26 tahun) dibawa ke unit kecemasan dan sedang dirawat susulan berlaku pergelutan bersama mangsa,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan selepas kegiatan mereka disedari seorang pemilik kenderaan yang menuju ke kawasan parkir berkenaan.
“Polis menerima laporan berhubung kejadian pada kira-kira 4.24 petang oleh mangsa yang juga bekerja sebagai polis bantuan di situ.
“Mangsa yang selesai menjalankan tugas telah menuju ke motor jenis Yamaha 125z miliknya sebelum melihat kelibat dua suspek berkenaan,” katanya.
Zairulnizam berkata susulan itu, mangsa telah meminta bantuan rakan setugasnya sekali gus membawa kepada penahanan kedua-dua suspek.
“Mangsa dalam masa sama telah menjalankan pemeriksaan dan menemukan beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri motosikal,” katanya.
Beliau berkata semakan lanjut polis turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.
“Suspek belum dapat disoal siasat namun polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zairulnizam Mohd Zainuddin Hilmi
#polis
#Brickfields
#curi motosikal
#suspek
#PUS
#COVID-19
#PPUM
#wad
#kontak rapat
#pemeriksaan suhu badan
#kuarantin
#Program Perumahan Rakyat Kerinchi
#PPR Kerinchi
#mangsa
#Bergelut
#parkir
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan