KUCHING: Syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka mula beroperasi pada 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Katanya pada masa ini proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung selepas dipersetujui secara prinsip oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.
"Apa yang berlaku kini ialah perbincangan mengenai aspek teknikal pengambilalihan tersebut. Saya jangka mungkin pada bulan Ogos atau selewat-lewatnya hujung tahun ini boleh selesai. Kita akan ada syarikat penerbangan kita sendiri pada 2025.
"Nama syarikat penerbangan juga sudah ada, tapi kita tidak boleh umum dulu," katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.
Pada 23 Nov tahun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil dilaporkan berkata kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings Sdn Bhd sebagai persediaan mengambil alih syarikat penerbangan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Abang Johari berkata, pada masa ini proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung. - Gambar fail
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA
Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Syarikat penerbangan Sarawak dijangka beroperasi pada 2025 - Abang Johari
Pada masa ini, proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan negeri itu sedang berlangsung.
Batik Air diberi amaran keras susulan insiden juruterbang tertidur semasa penerbangan
Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan.
MAHB jangka banyak syarikat penerbangan teroka pasaran Malaysia menjelang suku pertama 2025
MAHB menjangkakan lebih banyak syarikat penerbangan meneroka pasaran industri penerbangan Malaysia di antara suku keempat 2024 dan suku pertama tahun depan.
Pembuat keputusan syarikat penerbangan manfaatkan peluang di Routes Asia 2024
Routes Asia 2024 menghimpunkan lebih 900 pembuat keputusan daripada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan destinasi.
Sarawak mahu jadi hab penerbangan dunia seperti Dubai - Abang Johari
Status sebagai hab penerbangan dunia juga bakal membuka peluang ekonomi yang besar buat Sarawak.
Sektor penerbangan melonjak 9.1 peratus dalam operasi udara - MAHB
Peningkatan ini juga menghasilkan sambungan mantap ke sejumlah 147 destinasi, merangkumi 113 antarabangsa dan 34 domestik, kata MAHB.
Bukan mudah syarikat penerbangan memanipulasi harga tambang untuk menuntut subsidi - Loke
Bukan mudah bagi syarikat penerbangan untuk memanipulasi harga tiket penerbangan ketika musim perayaan untuk mendapat manfaat daripada inisiatif subsidi kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Lok
Kerajaan Pahang dalam proses pengambilan tanah naik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman
Kerajaan Negeri Pahang menerusi Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dalam proses permohonan pengambilan tanah bagi menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman.