KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.
"Kes tersebut antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat dalam tempoh tahun lalu dua kes direkodkan di Selangor, masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak.
“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682 selepas disyaki telah gagal mendepositkan wang kutipan zakat, kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.
Ramli berkata, siasatan masih dijalankan dan terdapat individu yang akan dipanggil dalam terdekat.
"Kita memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang," katanya.
Beliau berkata, kes tersebut amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang tersebut.
“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim.
“Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah agar ianya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 04 2024
Ramli berkata, siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023. - Gambar fail
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Seleweng zakat MAIPk RM9.62 juta: Suami isteri bebas dengan jaminan bon mahkamah
Majistret Farah Nabihah Muhamad membenarkan permohonan itu terhadap lelaki berumur 50 tahun dan isterinya yang berumur 53 tahun.
LZS sedia beri kerjasama siasatan pecah amanah kutipan zakat
Lembaga Zakat Selangor bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat.
Seleweng kutipan zakat MAIPk RM9.62 juta, suami isteri ditahan
Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk menyeleweng hasil zakat.
Syarikat seleweng zakat MAIPk lebih RM9.6 juta disiasat
Bukit Aman sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.
Seleweng zakat MAINS: 11 individu dipanggil beri keterangan
Sebelas individu melibatkan pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd dipanggil memberi keterangan berkenaan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan jabatan itu.
Seleweng zakat MAINS: Kertas siasatan dihantar TPR minggu depan
Kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.