KUALA LUMPUR : Pas menyifatkan syor mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, cadangan yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu jelas membelakangkan perlembagaan dan demokrasi.
Jelasnya, Cadangan Zahid agar satu RUU digubal bagi menghalang pertukaran kerajaan di luar Pilihan Raya Umum (PRU) hanya boleh disifatkan sebagai kenyataan orang terdesak sehingga ke tahap tidak masuk akal.
"Adalah menjadi suatu perundangan dan amalan yang telah selesai bahawa pertukaran kerajaan di luar PRU adalah dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Ia selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan bukan sahaja di negara ini, tetapi semua negara yang lain dengan syarat pihak yang mencabar kedudukan kerajaan sedia ada dapat membuktikan sokongan majoriti yang diterimanya sama ada di Parlimen atau saluran lain yang dibenarkan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tegasnya, hal itu jelas dalam Perlembagaan dan umum mengetahui bahawa syarat sokongan majoriti ini menjadi asas pembentukan sebuah kerajaan secara sah, sama ada susulan PRU atau pada bila-bila masa.
Katanya, ia juga syarat asasi bagi memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik, menurut budi bicara baginda seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan.
Pas turut menempelak kenyataan Presiden UMNO itu yang kononnya mahu RUU itu digubal bagi mengelakkan berulangnya kesengsaraan rakyat susulan pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri sebanyak tiga kali dalam satu penggal selepas PRU-14.
"Pas tertanya-tanya apakah faktor yang mendorong seorang pemimpin kanan dan veteran seperti Ahmad Zahid membuat cadangan yang begitu novis, terutama sekali selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkali-kali mendakwa bahawa kerajaan pimpinannya mendapat sokongan lebih dua pertiga di Parlimen?
"Adakah Zahid tidak yakin dengan dakwaan itu atau apakah beliau begitu terdesak untuk kekal berkuasa sehingga bersedia membelakangkan Perlembagaan dan demokrasi, sama seperti yang dilakukannya bagi mempertahankan kedudukan sebagai Presiden UMNO walaupun berlawanan dengan keputusan majoriti ahli dan akar umbi parti?" soalnya.
Takiyuddin turut mendakwa, cadangan terbabit adalah agenda untuk mengheret negara ke dalam krisis yang sedang didepani UMNO dengan berselindung di sebalik kata-kata hikmat 'kepentingan rakyat dan negara'.
Beliau menegaskan, sebarang usaha menyekat atau memandulkan prinsip teras dalam Perlembagaan dan amalan demokrasi iaitu sesebuah kerajaan hanya akan dianggap sah selagi ia menikmati sokongan majoriti adalah tertolak serta terbatal secara muktamad.
Semalam, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu RUU bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.
Katanya, melalui undang-undang itu, kerajaan akan dapat memberi tumpuan penuh mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan.
Astro Awani
Sun Jan 14 2024
Menurut Takiyuddin, cadangan yang dikemukakan Ahmad Zahid itu jelas membelakangkan perlembagaan dan demokrasi.
Baling bom petrol di pusat hiburan: dua lagi lelaki didakwa
Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan Muhammad Hasan mempunyai tanggungan enam orang anak serta isteri yang menghidap asma serta ibu mentua yang sakit tua
[TERKINI] Tujuh individu termasuk ahli keluarga direman pada Sabtu
Tujuh individu yang ditahan berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu bagi mendapatkan perintah reman.
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.