KUALA LUMPUR: Tahap keterjaminan makanan di Malaysia stabil dan bekalan makanan dalam negara diyakini mencukupi bagi menampung keperluan domestik, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata berdasarkan Indeks Keterjaminan Makanan Global (GFSI) 2022, Malaysia berada di tangga ke-41 daripada 113 negara dengan skor 69.9 dan di tangga kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asia Tenggara.
"Bagaimanapun, agenda keterjaminan makanan negara memerlukan penglibatan semua pihak dalam membuat perancangan dan hala tuju pembangunan industri agromakanan negara.
"Komitmen semua pihak adalah amat diharapkan bagi meningkatkan keterjaminan makanan di samping usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import," katanya dalam ucaptama program Ministerial Forum Mengenai Keterjaminan Makanan Negara 2023 di sini, hari ini.
Beliau menggariskan lima fokus utama KPKM tahun ini bagi menjayakan agenda keterjaminan makanan, selaras Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara dan Dasar Agromakanan Negara 2.0.
Mohamad berkata fokus pertama ialah pemerkasaan industri akuakultur bertujuan mengurangkan tekanan kepada permintaan sumber perairan semula jadi, di samping meningkatkan pendapatan menerusi industri tersebut.
"Kedua ialah memperluas penternakan lembu secara fidlot untuk memperkasakan pengeluaran lembu pedaging bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan serta eksport dan ketiga, penanaman jagung bijian sebagai sasaran peningkatan pengeluaran jagung bijian sebanyak 30 peratus menjelang 2032 untuk mengurangkan kebergantungan import.
"Selain itu, mempertingkatkan penglibatan belia untuk berkecimpung dalam sektor agromakanan dan pertanian pintar kerana cabaran utama bagi sektor tersebut adalah isu pekerja asing dan petani menua," katanya.
Tambahnya KPKM akan turut menambah baik institut latihan pertanian supaya dapat melahirkan graduan berkualiti tinggi dalam bidang teknologi pertanian, penyelidikan dan pembangunan serta pertanian moden dan pintar, seiring hasrat negara membentuk pekerja mahir pertanian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Mohamad berkata, agenda keterjaminan makanan negara perlukan penglibatan semua pihak dalam membuat perancangan dan hala tuju pembangunan industri agromakanan negara. - Bernama
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Keterjaminan makanan: Perak sedia usaha 11,000 tanah terbiar
Kerajaan negeri Perak akan memulakan projek tanaman padi di kawasan tanah terbiar di Kampung Kandang Hulu, Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, persediaan untuk menghadapi fenomena itu dilakukan oleh agensi di bawah KPKM antaranya MADA, KADA dan IADA.
Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.
Kerajaan tingkat usaha pengeluaran beras, anggap eksport beras akan disekat - Menteri KPKM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang berusaha tingkatkan pengeluaran beras negara dengan anggapan eksport beras ke Malaysia mungkin disekat pada masa akan datang.
Kadar sara diri bekalan beras 62.6 peratus, sayur 44.7 peratus pada 2022
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata SSR bagi telur ayam dan itik pula 108.9 peratus, susu segar (57.3 peratus) dan ikan makanan (90.2 peratus).
Kerajaan perhebat program SMART SBB ala Sekinchan - Mohamad Sabu
Kerajaan sedang memperhebatkan lagi Program SMART Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
India luluskan eksport 170,000 tan beras putih ke Malaysia
Zambry mengucapkan penghargaannya kepada Kerajaan India atas sokongan yang diberikan kepada rakyat Malaysia dalam situasi bekalan semasa.
Belanjawan 2024 tak tangani isu bekalan makanan - Muhyiddin
Kerajaan juga tidak memperuntukkan jumlah yang besar bagi memastikan daya pengeluaran makanan tempatan dapat diperkasakan.