JOHOR BAHRU: Lebih 400,000 pengembara dijangka memasuki Malaysia menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, sempena Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Feb ini.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Baharuddin Tahir berkata kesemua agensi berkaitan akan beroperasi secara penuh bagi melicinkan aliran di kedua-dua laluan masuk itu.
Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan komitmen sama, sekali gus menjelaskan JIM Johor mengambil beberapa inisiatif termasuk membuka kesemua kaunter pemeriksaan di CIQ BSI dan KSAB.
“BSI sebanyak 284 kaunter pemeriksaan dan KSAB 169 kaunter (dibuka). Kita akan beroperasi pada kadar maksimum di semua mod laluan masuk termasuk kereta, bas, lori dan motosikal,” katanya pada sidang media Inisiatif Mengatasi Kesesakan di CIQ BSI dan KSAB Sempena Persediaan Menghadapi Tahun Baharu Cina dan Cuti Sekolah di sini hari ini.
Baharuddin berkata laluan kontra bas di BSI akan diaktifkan, yang akan mengurangkan masa menunggu sebanyak 50 peratus.
Beliau berkata kawalan keselamatan dan trafik juga akan dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Bahagian Penguatkuasa JIM.
"Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut bersedia untuk menempatkan pegawai kastam dan semua laluan pemeriksaan penumpang masuk dan keluar, dibuka sepenuhnya.
“Ia bagi memastikan kelancaran pemeriksaan di semua lokasi pemeriksaan kastam selama 24 jam, bermula 7 hingga 12 Feb 2024. Laluan pemeriksaan kargo akan dibuka sepenuhnya sebagaimana keperluan operasi pada tempoh tersebut," katanya.
Sementara itu, Baharuddin berkata sebanyak 348,693 pengembara dicatatkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB, dalam tempoh dua hari sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Jan 2023.
Beliau berkata setakat 31 Jan lepas, lebih 5.2 juta pengembara direkodkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Sebanyak 348,693 pengembara dicatatkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB, dalam tempoh dua hari sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Jan 2023. - Gambar fail
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.