KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina pada hujung minggu ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengambil peluang mengadakan majlis gaul 'Yee Sang' bersama ahli Kabinet.
Loke dalam hantaran video di Facebook pada Khamis berkata acara duduk dan makan bersama selepas setiap kali Mesyuarat Kabinet diadakan telah menjadi kebiasaan dan amalan itu bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli Jemaah Menteri.
Beliau berkata hubungan dalam kalangan Jemaah Menteri juga semakin baik selepas setahun Kerajaan MADANI ditubuhkan dan ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu perpaduan terus diperkukuhkan.
"Setiap minggu selepas mesyuarat Jemaah Menteri, ahli-ahli Jemaah Menteri akan mengadakan majlis makan tengah hari bersama dan menteri-menteri mengambil giliran untuk hos makan tengah hari setiap minggu.
"Jadi untuk minggu ini, sempena Tahun Baharu Cina yang akan tiba beberapa hari lagi, saya hos makan tengah hari ini untuk Perdana Menteri dan seluruh ahli Jemaah Menteri. Tradisi semasa musim Tahun Baharu Cina, kita suka menggaul Yee Sang sebagai tanda meraikan dan berharap ini membawa keberkatan kepada semua," katanya.
Loke juga berharap agar semua ahli Jemaah Menteri dapat berkerjasama dengan lebih baik untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Sementara itu, Anwar menerusi video berdurasi 1 minit 39 saat itu turut merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina.
"Selamat Tahun Baharu Cina, Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao," kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
Turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina adalah dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Tahun Baharu Cina akan disambut pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Loke berkata setiap minggu selepas mesyuarat, ahli-ahli Jemaah Menteri akan makan tengah hari bersama dan menteri-menteri mengambil giliran sebagai hos. - Foto Facebook Anthony Loke
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.