awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias

Najib Aroff
Najib Aroff
16/12/2018
09:51 MYT
Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Tambah beliau tanpa bantuan stesen televisyen dan radio, dakwahnya adalah terbatas. - Foto Bernama
Penceramah bebas terkenal Datuk Kazim Elias mengucapkan terima kasih kepada stesen televisyen dan radio yang selama ini memberi ruang kepada beliau untuk menyampaikan ceramah dan menyebarkan syiar Islam.
Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah berjaya membawa mesej dakwah beliau ke serata negara.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua stesen televisyen dan radio yang menjadikan rancangan agama diantara yang diminati oleh penonton.
“Saya bermula daripada surau dan masjid di dalam berkuliah sehinggalah kepada pelbagai medium dakwah yang lain dan yg paling berkesan ialah rancangan di dalam televisyen," ujarnya.
Tambah beliau tanpa bantuan stesen televisyen dan radio, dakwahnya adalah terbatas.
“Allah yang dapat membalas jasa mereka dari penerbit, krew, penaja, dan lain-lain dalam usaha meningkatkan dakwah Islamiah di Malaysia melalui televisyen,” katanya.
Ustaz Kazim berkata beliau akan meneruskan ceramah dan dakwah beliau melalui media sosial.
View this post on Instagram
Alhamdulillah.. Terima kasih kpd semua stesen tv dan radio yg menjadikan rancangan agama diantara yg diminati oleh penonton. Sy bermula drp surau dan masjid didalam berkuliah sehinggalah kpd pelbagai medium dakwah yg lain dan yg paling berkesan ialah rancangan didlm televisyen. Tanpa bantuan drp mereka mgkin dakwah sy masih terbatas.Hanya Allah yg dpt membalas jasa mereka drp penerbit, krew, penaja, dll dlm usaha meningkatkan dakwah Islamiah di Malaysia melalui televisyen.Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan agama di televisyen menarik jutaan penonton drp pelbagai peringkat dan kaum.InsyaAllah dakwah sy akan diteruskan seperti biasa melalui media sosial yg lain selagi hayat masih dikandung badan.Terima kasih buat penonton yg memberi sokongan selama ini. Dakwah tidak akan mati...Semoga jadi amal berpanjangan dan kenangan ini akan terus mekar dlm ingatan sy...Hidup Dakwah..!
A post shared by Dato' Ustaz Kazim Elias (@ustazkazim) on
Dec 15, 2018 at 8:38am PST
View this post on Instagram
Dengor kabornya teman ni dah x digalakkan utk keluar dlm prgrm di tv dan radio.. ee sedihnyee..nak nangis pulak rasanya..Alhamdulillah dunia dakwah sgt luas.. janji dakwah jalan terus.. yg sedihnya bg yg menyekat tu apa lah nak dijawab dihadapan Allah apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu adalah perintah Allah... pasni nak buat kerja apa ye? LBGT ok ke?
A post shared by Dato' Ustaz Kazim Elias (@ustazkazim) on
Dec 13, 2018 at 5:29pm PST
Sejak beberapa hari lalu tular senarai penceramah yang dikatakan tidak digalakkan berceramah melalui platform televisyen dan radio.
BACA: 10 penceramah popular tak boleh terlalu kerap muncul di TV, radio?
Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan dakwan tersebut.
Topic Berkaitan
#Datuk Kazim Elias
#Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
#pendakwah
#Pendakwah dilarang
#Ustaz Azhar Idrus
#Ustaz Kazim Elias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan