awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2023
04:00 MYT
Tak sempat seludup 1,814 kg minyak masak ke Thailand
KPDN Kelantan menyita 1,814 kg minyak masak bersubsidi yang disyaki cuba diseludup ke Thailand dalam serbuan di Jalan Wakaf King, Palekbang, Tumpat pada Selasa. - Foto Sinar Harian
TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 1,814 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi disyaki cuba diseludup ke Thailand dalam serbuan di Jalan Wakaf King, Palekbang, di sini pada Selasa.
Rampasan jam 12.55 tengah hari itu hasil maklumat risikan yang diperoleh anggota penguat kuasa berkait dengan kegiatan tersebut.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, sebelum itu pihaknya mengekori dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Viva dari arah Kubang Kerian menghala ke Tumpat yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Setiba di lokasi, kita dapati beberapa lelaki sedang memunggah kotak-kotak tersebut.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit bertindak melarikan diri ke arah semak berhampiran selepas diserbu dan gagal dikesan oleh pasukan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui kotak berisi minyak masak peket 1,814 kg.
"Satu jam selepas serbuan, seorang lelaki tempatan berumur 30-an datang dan mengaku barangan serta kenderaan tersebut miliknya.
"Namun suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan barang kawalan tersebut," katanya.
Azman memberitahu, suspek ditahan di bawah Seksyen 10 Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk siasatan lanjut.
"Nilai rampasan barang kawalan yang disita termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM39,547.50.
"Modus operandi bekalan diperoleh daripada luar Kelantan dan akan disimpan sementara di satu tempat sebelum dibawa ke kawasan sekitar sempadan negara.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#minyak masak bersubsidi
#kpdn
#seludup
#Azman Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan