awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takungan air pecah: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh bantu penduduk

Bernama
Bernama
30/12/2024
03:30 MYT
Takungan air pecah: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh bantu penduduk
Penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama terkesan akibat banjir kilat susulan insiden benteng takungan air pecah petang semalam. - Foto Facebook Ramanan
KUALA LUMPUR: Pasukan sukarelawan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah digerakkan bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama yang terkesan akibat banjir kilat, susulan insiden benteng takungan air pecah petang semalam.
Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan berkata berdasarkan maklumat, lebih 50 rumah terjejas akibat insiden itu, dan beliau telah mengarahkan pasukan sukarelawan itu untuk turun padang meninjau situasi terkini dan membantu penduduk yang memerlukan bantuan segera.
"Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan penduduk terjaga dan langkah susulan diambil bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang selepas perbincangan dengan pemimpin komuniti dan agensi berkaitan.
"Semoga segala urusan dipermudahkan," katanya dalam hantaran di Facebook.
Menerusi hantaran itu, Ramanan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi kerajaan yang berkaitan atas tindakan pantas mereka dalam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penduduk terjejas.
Semalam Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.15 petang.
Benteng berkenaan pecah menyebabkan air melimpah ke seluruh taman perumahan itu namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#takungan air pecah
#r ramanan
#Saujana Utama
#Parlimen Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan