Kadar tambang untuk perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway akan diturunkan sebanyak 20 peratus mulai 1 Dis ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Katanya insentif pengurangan tambang itu diharap dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT di samping menjadi galakan kepada penumpang setia untuk terus menggunakan perkhidmatan tersebut.
"Diskaun 20 peratus ini diberikan kepada penumpang yang membayar tunai menggunakan token perjalanan dan bayaran tanpa tunai kerana purata pengguna kedua-dua mod pembayaran ini adalah tinggi iaitu sebanyak 75 peratus berdasarkan kepada statistik pada bulan Oktober 2018," katanya pada sidang media selepas melawat perkhidmatan BRT Laluan Sunway di ibu pejabat BRT Sunway Line di sini, pada Selasa.
Pada lawatan yang berlangsung lebih satu jam itu, Loke diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah serta Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Secara purata, perkhidmatan BRT Laluan Sunway mencatat bilangan penumpang melebihi 11,000 orang sehari pada hari bekerja dan lebih 250,000 penumpang sebulan.
Menurut Loke, dengan pelaksanaan tambang baharu itu, Prasarana menyasarkan kenaikan penumpang sebanyak 22 peratus.
Mengulas lawatannya hari ini, Loke berkata ia bertujuan meninjau sendiri operasi perkhidmatan BRT Laluan Sunway dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh operasi BRT dalam aspirasi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia.
"Antara sebab lawatan saya hari ini adalah untuk mendapat maklumat penuh terhadap maklum balas penumpang yang menyatakan harga tiket bagi perkhidmatan BRT adalah tinggi.
"Namun, daripada penerangan yang diberikan oleh pihak Prasarana dan Rapid Bus, kadar tambang ini adalah berdasarkan kepada kos operasi mengendalikan perkhidmatan ini khususnya dalam pematuhan kepada elemen-elemen teknologi hijau dan setaraf dengan negara-negara maju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018
Dengan pelaksanaan tambang baharu itu, Prasarana menyasarkan kenaikan penumpang BRT laluan Sunway sebanyak 22 peratus. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.