Skip to main content

Malaysia

Tanah runtuh Batang Kali: Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa

71671195538_TBTAKZIAHSELANGOR.jpg
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan simpati atas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali di Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Menerusi catatan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.

[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang

Menurut kenyataan tersebut, Sultan Selangor terkejut dan berdukacita apabila diberitahu mengenai kejadian itu yang telah meragut banyak nyawa.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan 21 mangsa insiden di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat 7.10 malam tadi.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video