KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional setakat ini telah menjalankan penstrukturan semula sebanyak 3,244 akaun peminjam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa melibatkan jumlah pembiayaan RM33.45 juta bagi tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (Kuskop) Saraswathy Kandasami berkata selain itu, SME Bank juga menstruktur semula 137 akaun melibatkan pembiayaan sebanyak RM524.8 juta manakala Bank Rakyat sebanyak RM19.7 juta.
"Kuskop dan agensinya sentiasa komited untuk membantu usahawan PMKS termasuk yang masih lagi terkesan dengan pandemik dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
"Bagi usahawan yang menghadapi kesukaran untuk membayar semula pembiayaan yang diterima daripada agensi di bawah kementerian ini, Kuskop menyeru agar mereka tampil supaya penilaian dapat dibuat bagi tujuan penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Saraswathy berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Juhanis Abd Aziz berhubung cadangan kementerian itu melaksanakan program pembiayaan tanpa faedah atau moratorium kepada PMKS terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Tekun Nasional setakat ini telah menjalankan penstrukturan semula sebanyak 3,244 akaun peminjam PMKS yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Tekun Nasional salur bantuan lebih 30,000 usahawan informal, mikro seluruh negara - Ewon
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada kira-kira 33,300 usahawan informal dan mikro di seluruh negara pada tahun ini.
Status MITRA akan diumumkan Perdana Menteri - Ramanan
Status MITRA sama ada kekal di bawah pentadbiran JPM atau sebaliknya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
TEKUN Nasional berjaya bantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro tempatan
TEKUN Nasional membantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro di seluruh negara bagi memenuhi keperluan modal perniagaan.
Dana tambahan TEKUN Nasional usaha murni, namun perlu tambah baik - Pakar ekonomi
TEKUN Nasional telah memperuntukkan jutaan ringgit pembiayaan kepada usahawan informal serta mikro yang layak.
Tambahan RM200 juta dana usahawan di bawah TEKUN Nasional
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Khamis mengumumkan dana tambahan sebanyak RM200 juta bagi pembiayaan usahawan informal dan mikro di bawah TEKUN Nasional.
Tekun Nasional selesai agih RM200 juta peruntukan SPIM - Noh
Peruntukan berkenaan memanfaatkan 31,000 usahawan informal di seluruh negara.
TEKUN Nasional buat laporan polis sistem SPIM digodam - Noh Omar
TEKUN Nasional membuat laporan polis pada Rabu lepas susulan sistem permohonan dalam talian bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dipercayai digodam.
Usahawan perlu pinjam daripada TEKUN Nasional, bukan along - Wan Junaidi
Beliau bimbang ramai usahawan dilaporkan mencari peminjam wang haram dan bukannya agensi kerajaan yang dilantik bagi mengekalkan perniagaan.
TEKUN Nasional lulus RM8.5 juta pinjaman SPIN kepada 1,345 usahawan
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) meluluskan pinjaman berjumlah RM8.5 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) sehingga Mac lepas melibatkan 1,345 pemohon di seluruh negara.
CBRM bantu usahawan PKS terjejas COVID-19 kembangkan perniagaan
Geran itu membolehkan lebih banyak syarikat PKS melanggan atau menggunakan perkhidmatan berkaitan digitalisasi perniagaan.