KUALA LUMPUR: Beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dikatakan antara yang membantah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk meluluskan pemberian tanah premium dan rumah mewah kepada Datuk Seri Najib Razak.
Portal MalaysiaNow melaporkan, sumber yang rapat dengan beberapa anggota Kabinet memberitahu selain Tengku Zafrul, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada Bersatu, Khairy Jamaluddin (UMNO) dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas), turut menyuarakan bantahan.
Namun tidak ada pengesahan yang diperoleh daripada mereka berhubung bantahan tersebut.
Terdahulu Tengku Zafrul sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat mengesahkan, kerajaan menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.
BACA: Hadiah hartanah RM100 juta kepada Najib: Anwar terkejut, paksa PH kaji semula persefahaman
BACA: Menteri Kewangan sahkan Najib mohon rumah, tanah bernilai RM100 juta
BACA: 'Hadiah' rumah, tanah bernilai RM100 juta kepada Najib Razak 'panaskan' Dewan Rakyat
Najib dalam reaksi balasnya di Facebook mendakwa ia adalah propaganda untuk menghasut rakyat Melaka membencinya.
Katanya, beliau bukan meminta hadiah RM100 juta daripada kerajaan atau menyuruh kerajaan berbelanja untuk membeli tanah, tetapi kediaman seperti diberi kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri.
"Office saya cuma mohon diberi kediaman selepas PRU14 seperti dalam akta dipinda dia (Tun Dr Mahathir Mohamad).
"Kerajaan beri tiga bidang tanah kerajaan untuk pilih maka saya pilih satu. Tanah kerajaan dekat Dewan Bahasa dan Pustaka sebab keluarga saya rasa lokasi itu paling sesuai bagi mereka.
"Bukan sudah diluluskan kerajaan hari ini pun. Bukan saya minta hadiah RM100 juta dari kerajaan atau suruh kerajaan belanja untuk beli tanah tetapi kediaman seperti diberi kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri," katanya.
Astro Awani
Thu Nov 18 2021

Tengku Zafrul mengesahkan, kerajaan menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara. - Gambar fail/ Astro AWANI

Sukan SEA: Prabudass tidak bertanding kerana masalah kesihatan
K. Prabudass terpaksa menarik diri atas nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

'Pilih kasut raya Cinderella' - Dulu anak kecil, kini Fatimah Omar Mukhlis makin pandai bergaya!
Paling ketara, kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.

Remaja mengaku tidak bersalah memandu tanpa lesen, secara berbahaya mengakibatkan kematian
Tertuduh yang juga pelajar didakwa memandu MPV milik bapanya secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut.

Rakyat Korea Utara dinasihat berkumur air garam, minum teh herba untuk cegah COVID-19
Agensi hak asasi manusia PBB memberi amaran bahawa banyak kemungkinan buruk boleh terjadi ke atas 25 juta rakyat negara itu.

Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.

HL Asset Management | Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022
Hong Leong Islamic Asset Management Berhad (HLISM) merangkul 14 daripada 20 anugerah yang dimenangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022.

HFMD | Sabah rekod peningkatan 51 kali ganda
Sabah merekodkan trend peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak kira-kira 51 kali ganda iaitu, 2,834 kes bagi tempoh Januari hingga 16 Mei 2022 berbanding 55 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, lima daerah melaporkan kes tertinggi iaitu Tawau dengan 435 kes, diikuti Sandakan 387 kes; Lahad Datu (308 kes); Kota Belud (244 kes) dan Papar (229 kes).

Impak pemansuhan AP bahan makanan
Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin, mengulas isu pemansuhan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia.

'Pergerakan saya dipantau rapi semasa 1MDB tandatangan JV dengan PSI' - Bekas pengerusi
Mohd Bakke memaklumkan bahawa pergerakan beliau dipantau rapi bahkan hingga ke tandas pada hari 1MDB menandatangani projek usaha sama dengan PSI.

Najib minta saya bertemu bekas Pengerusi PAC sebelum beri keterangan kepada jawatankuasa - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya supaya bertemu bekas Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin.

Berjuta masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB - Saksi
Saksi itu juga berkata beliau tidak pernah mendapat satu sen pun daripada Jho Low sepanjang perkhidmatannya dalam syarikat itu.

Sama ada Najib telah baca SMS bekas Pengerusi 1MDB tidak dapat dipastikan - Peguam
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pembelaan malah tidak mempunyai salinan SMS yang dimaksudkan.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Surat pembaca: Cadangan tambat Ringgit formula 'lapuk', tidak sesuai senario sekarang
Malaysia tidak akan mampu untuk terus bertahan jika kerajaan terus menjalankan bajet defisit melebihi 5% untuk tempoh masa yang berterusan.

'Cash is king', 'king' itu rakyat: "Najib cakap macam orang tidak siuman" - Tun M
Najib yang sinonim dengan gelaran Bossku itu sudah berulang kali menipu rakyat Malaysia termasuk di Dewan Rakyat, dakwa Dr Mahathir.

Debat Perdana: Najib selar dakwaan Mukhriz berkaitan isu Sapura Energy
Najib menyelar kenyataan Mukhriz yang mengatakan beliau mahu menyalahgunakan dana rizab negara dalam menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB).

Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'
Terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.