Sedar tak sedar, semakin hari semakin jauh kita melangkah memasuki 2019.
Bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua bulan pertama ini masih seperti tahun-tahun sebelumnya, terus mendendangkan berita-berita 'panas' penahanan dan pendakwaan berhubung kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Seolah-olah tiada surutnya.
Sekadar mengulangi apa yang orang ramai sudah tahu, rasuah ketika ini masih menjalar dari organisasi ke organisasi, syarikat ke syarikat hinggalah ke lorong-lorong belakang.
Jenayah ini sering membabitkan pegawai-pegawai dari bawah sehingga ke atas. Itulah realitinya.
Dalam soal pencegahan rasuah pula, tidak keterlaluan jika saya luahkan soalan 'apa lagi yang kita (SPRM) belum lakukan?'.
Jika diimbau lebih 30 tahun dahulu, kerajaan pernah memperkenalkan Dasar 'Pandang ke Timur' pada 1982 bertujuan mendidik rakyat Malaysia khususnya penjawat awam agar mempelajari dan meniru budaya murni masyarakat Jepun.
Masyarakat Jepun ketika itu telah diiktiraf dunia sebagai sebuah bangsa yang kuat jati diri dan integritinya. Sejak itu, pelbagai langkah diambil oleh kerajaan dalam usaha membentuk penjawat awam yang berintegriti serta mempunyai tahap akauntabiliti yang tinggi.
Namun entah di mana silapnya, selepas lebih tiga dekad, apa yang ingin dicapai seolah-olah tidak membuahkan hasil.
Lihat saja di Facebook dan YouTube, masih banyak ditularkan gambar atau video berkaitan penumpang LRT tidak memberi tempat duduk kepada wanita mengandung atau orang tua. Ini adalah soal integriti dan nilai murni.
Jika kita melihat dari satu sudut lain, perkara semudah itu pun mereka abaikan, jadi adakah orang yang bersikap sedemikian akan peduli hal kempen mencegah rasuah?
Kini, kerajaan kembali tekad memulakan agenda antirasuah nasional bermatlamatkan 'negara dikenali kerana integriti dan bukan kerana rasuah'.
Pada 29 Januari lalu, kerajaan telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sejajar usaha merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.
Pelbagai inisiatif termasuk aspek pencegahan diperkenalkan. Misalnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju memantapkan lagi kerjasama strategik dengan SPRM bagi memperkukuhkan elemen integriti dan antirasuah dalam sistem pendidikan negara.
Perkara ini dilakukan bagi membentuk jati diri pelajar bermula di peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) dengan kerjasama SPRM juga telah melancarkan sistem piawaian dikenali Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS).
Sistem piawaian ini adalah untuk memberi panduan serta membantu untuk menambahbaik sistem pengurusan antirasuah dalam sesebuah organisasi sekali gus menjadi satu panduan pencegahan rasuah kepada semua pihak.
Kerajaan juga memperkenalkan peraturan perisytiharan harta bagi memastikan Ahli Parlimen berintegriti dan tidak terbabit rasuah. Buat masa ini, SPRM hanya sebagai pelaksana dan ia masih belum dimaktubkan dalam Akta SPRM 2009.
Bukan itu saja, Akta SPRM 2009 turut dimantapkan, undang-undang baharu Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial diperkenalkan.
Peruntukan ini juga dikenali sebagai ‘liabiliti korporat’. Melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009, organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau kakitangannya terlibat dengan jenayah rasuah.
Itu baru beberapa perkara yang disebut, masih banyak lagi perkara lain yang telah dan akan diperkenalkan dalam usaha mencegah rasuah.
Namun kita perlu ambil iktibar, segala inisiatif mahupun agenda seumpama ini tidak akan membawa apa-apa kesan sekiranya tiada kebersamaan daripada pelbagai pihak dan masyarakat untuk memastikan rasuah dibanteras.
Sehubungan itu, kesedaran, sokongan dan peranan semua pihak amat diperlukan bagi menyokong segala aktiviti dan usaha mencapai matlamat.
Inilah masa dan peluang bagi rakyat untuk kembali memperbetulkan keadaan dan yang paling penting ialah keterlibatan dan kebersamaan dalam usaha tersebut.
Agenda seumpama ini tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada SPRM atau mana-mana agensi lain berkaitan seperti Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) sahaja. Ia perlu disambut baik oleh semua pihak.
Dalam hal ini, saya menyarankan agar kita mengambil semangat pasukan bola sepak Liverpool, “You’ll Never Walk Alone” yang menitikberatkan kebersamaan, kesatuan dan persahabatan. Walaupun pasukan lain juga ada budaya sebegitu, tetapi bagi saya tidak mampu menyaingi Liverpool.
Berbalik kepada isu kebersamaan ini, mesej jelasnya ialah semua pihak perlu tekad bersatu hati. Setiap yang dilaksanakan oleh kerajaan perlu dipandang serius oleh rakyat.
Pada masa sama, saya juga berbesar hati sekiranya semua pihak terlibat tidak 'berkira' dalam soal memberi bajet kepada agensi-agensi untuk melakukan kerja-kerja pencegahan rasuah.
Selain itu, sudah sampai masanya juga, kerajaan mendedahkan kepada rakyat hasil-hasil kajian isu rasuah daripada universiti tempatan atau mana-mana agensi-agensi sejak puluhan tahun dulu yang dapatannya mungkin memeranjatkan kita semua.
Insya-Allah kita semua pasti temukan dengan apa yang kita hajati dan usahakan, maka akan jadilah Malaysia sebagai negara yang terkenal dengan integriti rakyatnya dan bersih rasuah.
______________________________________________________________________________________
* Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil
Wed Feb 20 2019
Sekadar mengulangi apa yang orang ramai sudah tahu, rasuah ketika ini masih menjalar dari organisasi ke organisasi, syarikat ke syarikat hinggalah ke lorong-lorong belakang.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.