KUALA TERENGGANU: Terengganu akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital untuk terus mempromosi destinasi pelancongan di negeri itu sebagai lokasi selamat dan rendah risiko penularan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata, usaha itu penting dalam meningkatkan keyakinan orang ramai agar datang bercuti ke Terengganu dan merancakkan kembali industri pelancongan domestik terutama di pulau peranginan dan Tasik Kenyir.
"Orang ramai perlu diberi keyakinan bahawa semua penggiat industri telah menerima suntikan dos lengkap dan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh penguat kuasa jabatan dan agensi kerajaan agar aktiviti pelancongan tidak menjadi punca kepada kluster baharu COVID-19.
"Selain tumpuan program vaksinasi di pulau-pulau peranginan dan Tasik Kenyir, kita juga dimaklumkan oleh Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Terengganu bahawa semua pekerja di hotel yang berdaftar juga sudah ada tarikh janji temu untuk menerima vaksin lengkap dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang membincangkan topik 'Pelancongan Pasca Pandemik: Bersediakah Terengganu?' malam tadi.
Ahad lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua aktiviti pelancongan dalam negeri bagi negeri berada di fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya dibenarkan membabitkan aktiviti di homestay dan hotel bermula 10 Ogos lepas.
Ariffin, bagaimanapun berkata kebanyakan pengusaha pelancongan di pulau peranginan dan Tasik Kenyir tidak terburu-buru membuka semula operasi pada Selasa lepas (10 Ogos) sebaliknya mahu membuat persediaan lebih rapi di premis masing-masing.
"Ada pemilik premis yang maklumkan kepada saya mereka mahu pelancong yang datang untuk membuat ujian calitan terlebih dahulu sebagai langkah lebih berhati-hati kerana tidak mahu risiko premis ditutup selepas beroperasi kelak.
"Begitu juga dengan pemantauan di jeti-jeti pelancongan yang akan dilakukan penguat kuasa di setiap daerah agar pelancong patuh SOP termasuk bilangan individu dalam bot mestilah mengikut kuota dibenarkan sahaja," katanya.
Selain pematuhan SOP lebih ketat dan proses vaksinasi menyeluruh untuk penggiat industri pelancongan, Ariffin berkata kerajaan negeri juga sedang menguji satu aplikasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kesihatan dikenali sebagai AI Batuk.
"Berdasarkan kajian awal dilakukan, kes penularan COVID-19 di Terengganu berpunca daripada aktiviti rentas negeri, jadi kita mahu menggunakan teknologi AI Batuk ini di pintu sempadan negeri agar dapat mengesan tahap kesihatan seseorang individu itu lebih awal.
"Sekiranya positif COVID-19, individu itu perlu membuat rawatan terus ke fasiliti kesihatan berdekatan. Ini antara usaha kerajaan negeri mengekang penularan COVID-19 dari luar Terengganu sekali gus meningkatkan keyakinan orang ramai untuk melancong ke Terengganu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Usaha itu penting dalam meningkatkan keyakinan orang ramai agar datang bercuti ke Terengganu dan merancakkan kembali industri pelancongan domestik terutama di pulau peranginan dan Tasik Kenyir.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Buruh dipenjara tujuh bulan cabul rakan baru dikenali
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.
Guru wanita cedera ditumbuk, ditendang guru lelaki
Seorang guru wanita cedera selepas dipukul rakan setugasnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Kemaman pada Ahad.
Rugi lebih RM200,000 kebun harum manis terbakar
Tengku Mohammad Kamal Hishamudin, 29, berkata, dia mengetahui kebun miliknya itu terbakar selepas dihubungi oleh seorang pekerjanya.
Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana berkhalwat
Seorang wanita berstatus janda didenda RM4,000 selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman.
Mayat bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas
Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.
Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Cahaya pelita hiasi 10 malam terakhir Ramadan
Suatu ketika dulu, memasang pelita atau panjut menjadi sebahagian rutin penduduk pada malam tujuh likur.
Harga martabak hanya 40 sen pada 1987
Seorang peniaga martabak yang berpengalaman menjual juadah itu sejak 30 tahun lalu mengakui makanan tersebut pernah dijual serendah 40 sen pada 1987.
'Geng plastik hitam' dalam radar JHEAT
JHEAT meningkatkan operasi dengan menggerakkan pasukan penguatkuasa syariah di seluruh Terengganu bagi menguatkuasakan tindakan terhadap kesalahan tidak berpuasa bagi umat Islam di negeri itu.