KOTA KINABALU: Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, beliau amat mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Armizan Mohd Ali berkaitan kerjasama GRS dan PH yang sedang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri.
"Bagaimanapun, masih banyak perkara berkaitan kerjasama ini perlu direalisasikan terutamanya perkongsian pelantikan politik dan resolusi daripada komponen PH yang ingin sokongan daripada kerajaan negeri. Ini semua memerlukan kerjasama," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, Armizan yang juga Timbalan Setiausaha GRS berkata, beliau berpendirian agar perpaduan sedia ada antara gabungan itu dengan PH diteruskan pada PRN Sabah akan datang.
UPKO adalah parti komponen PH bersama PKR, DAP dan AMANAH.
Ewon berkata, setakat ini, belum ada kerjasama 'tulen' ketara GRS dan PH khususnya di peringkat akar umbi, bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta rakan pimpinan kerajaan negeri termasuk dua wakil PH dalam kabinet Sabah untuk menterjemah kerjasama itu.
Beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Hajiji dan pernah mempertahan pemimpin itu ketika krisis politik tahun lepas namun berkata kerjasama GRS dan PH dalam kerajaan negeri perlu terus diperkukuh.
Dalam mendepani PRN Sabah akan datang, Ewon berkata, GRS dan PH perlu mengadakan perbincangan baharu bagi merangka pelan lebih segar terutama dalam merealisasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding.
Ewon berkata, situasi PRN Sabah Ke-16 pada 2020 dan politik ketika ini amat berbeza justeru beliau tidak bersetuju dengan pandangan bahawa kerusi DUN tertentu adalah milik mutlak parti tertentu untuk ditandingi pada PRN akan datang.
"UPKO mempunyai rakan gabungan yang berbeza pada masa itu, begitu juga dengan GRS. Jadi senario telah banyak berubah, sebab itu kita memerlukan perbincangan baharu terutamanya berkaitan pengagihan kerusi pada PRN akan datang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Ewon berkata, beliau amat mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Armizan berkaitan kerjasama GRS dan PH yang sedang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri. - Gambar fail/Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
PRK KKB: PH kekal di KKB, rakyat tolak politik perkauman - Nazri
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.