Rakyat di negara ini kini dilihat sering bersama gajet sehingga jarang bercakap dengan anggota keluarga mereka terutama anak-anak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata justeru rakyat Malaysia disaran supaya menghadkan masa mereka dengan gajet dan memperuntukkan masa yang secukupnya dengan anggota keluarga dalam membentuk sebuah masyarakat yang kukuh.
"Kita ini banyak sangat dengan gajet, jarang bercakap dengan keluarga terutama anak-anak, terlalu asyik dengan Whatsapp periksa apa status Facebook. Selalu lah bercakap dengan adik beradik, keluarga semuanya.
"Keluarga ini penting kerana ia adalah asas masyarakat, jika runtuh keluarga kesannya akan meleret hingga beri kesan kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika berucap pada majlis minum petang bersama rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di sini pada Sabtu.
Turut hadir Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta lebih 100 penduduk DUN kawasan itu dan dalam majlis sama, Dr Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan kepada 49 penerima bantuan kebajikan di kawasan itu.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan telah, sedang dan akan melaksanakan banyak inisiatif bagi memperkasa rakyat khususnya kumpulan B40 antaranya Bantuan Sara Hidup (BSH), PEKA B40 dan MySalam.
Beliau berkata kementeriannya juga bertanggungjawab melaksanakan program pembangunan keluarga dan masyarakat melibatkan kumpulan sasar antaranya adalah kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya, yang mana Jabatan Kebajikan Masyarakat menguruskan bantuan yang diberikan kepada yang layak di kalangan kumpulan sasar ini.
"Peruntukan yang digunakan untuk menampung kos pemberian bantuan ini tinggi, justeru, kita berhasrat untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat supaya lebih ramai penerima bantuan dapat dikeluarkan daripada belenggu kesusahan dan dapat berdikari, dan lebih baik lagi, mereka pula menyumbang untuk orang lain memerlukan."
Dalam pada itu, beliau berkata menerusi Belanjawan 2020 sejumlah RM6.5 bilion diperuntukan untuk mencipta 350,000 peluang pekerjaan pada tahun depan dan ini adalah berita gembira untuk semua terutama anak muda.
"Selain itu, Kerajaan turut berhasrat memperkasa sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sangat dekat dengan para belia dengan menyediakan tambahan peruntukan RM200 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
Dr Wan Azizah mengenakan apron yang dihadiahkan kepada beliau pada Program Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Dun Tanjung Bidara, Alor Gajah, 19 Okt, 2019. Turut kelihatan, Mas Ermieyati (kanan). --fotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.