awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terpulang pada ibu bapa jika mahu saman dalang pencemaran - Maszlee

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
25/06/2019
09:53 MYT
Terpulang pada ibu bapa jika mahu saman dalang pencemaran - Maszlee
Maszlee melawat pameran sempena Kolokium Pendidikan STEM Peringkat Kebangsaan di Dewan Kompleks Sukan UMP di Kuantan, hari ini. - Astro AWANI/NORANIZA KAMSANI
Kementerian Pendidikan tidak akan mencampuri urusan jika ibu bapa kepada pelajar yang terjejas akibat pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor, ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, terpulang kepada ibu bapa pelajar yang ingin mengambil tindakan termasuk saman ke atas dalang pencemaran itu kerana perkara itu tidak terletak dalam bidang kuasa kementerian.
"Kementerian hanya bertanggungjawab di dalam kawasan sekolah, termasuk berkaitan pendidikan dan keselamatan pelajar.
"Manakala di luar kawasan sekolah, ibu bapa ada hak lakukan apa saja (termasuk ambil tindakan undang-undang)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.
Semalam, kerajaan negeri Johor mengarahkan semua sekolah yang terlibat, beberapa tadika serta sebuah institusi pengajian tinggi ditutup bermula hari ini hingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga.
Penutupan itu melibatkan 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri.
Maszlee juga berkata, kementeriannya akan memastikan pelajar yang terlibat dalam insiden pencemaran udara itu tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Katanya, kementerian mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam perkara itu memandangkan kejadian serupa pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.
BACA: Pencemaran: Kes sangat berbeza dengan Sungai Kim Kim - Timbalan Menteri
Dalam perkembangan berkaitan, Maszlee memaklumkan pihaknya telah berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk pembelajaran dan pendidikan Sains.
Katanya, tambahan peruntukan itu penting bagi mencapai sasaran Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera yang mana berdasarkan dapatan tahun lalu, hanya 44 peratus pelajar mengambil bidang pendidikan STEM di negara ini.
Topic Berkaitan
#dalang
#ibu bapa
#Kementerian Pendidikan
#Maszlee Malik
#Pasir Gudang
#pelajar
#pencemaran
#pendidikan
#peruntukan tambahan
#saman
#sekolah
#SOP
#STEM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan