awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/01/2023
14:06 MYT
Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Mohammad Rizan Hassan menjelaskan, kenaikan gaji minimum belia berkemahiran tidak akan menyebabkan kadar peningkatan pengangguran. - Gambar/ IG @mdrizanhassan
KUALA LUMPUR : Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.
Setiausaha Agungnya, Mohammad Rizan Hassan menjelaskan, kenaikan gaji minimum belia berkemahiran tidak akan menyebabkan peningkatan kadar pengangguran.
Mohammad Rizan berkata, gaji minimum yang sesuai untuk golongan belia berkemahiran adalah RM1,800 untuk lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1-2; RM2,000 (SKM Tahap 3); RM2,300 (Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4); dan RM2,800 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 4).
Ujarnya, ketika ini kebanyakan majikan menawarkan gaji untuk pemegang SKM 1-3 sebanyak RM1,500- RM1,700), DKM 4 (RM1,800-RM1,900) dan DLKM (RM2,000).
"Majikan tidak boleh mempersoalkan tahap kompetensi pekerja lepasan latihan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) ini kerana para pekerja ini menjalani latihan kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS-National Occupational Skill Standard) yang mana ia dibangunkan bersama dengan pihak majikan atau industri.
"Bahkan, ada sesetengah bidang, pekerja ini telah memperolehi lesen dan sijil kompetensi tambahan dari badan profesional dalam dan luar negara sebelum diterima bekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Model ekonomi yang berdaya tahan juga katanya mesti dibina berdasarkan pekerjaan dan gaji yang adil.
"PKPB juga melontarkan pertanyaan kepada kerajaan dan majikan, mengapa kita mencipta kekayaan jika kita tidak bersedia untuk berkongsinya?," ujarnya lagi.
Justeru, PKPB percaya pelaksanaan gaji minimum untuk belia berkemahiran akan dapat menarik minat lebih ramai golongan belia menyertai TVET kerana jaminan kerjaya berpendapatan tinggi adalah jelas.
Topic Berkaitan
#PKPB
#gaji minimum
#SKM
#Mohammad Rizan Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan